TEMA DAN TREND WARNA 2018 / 2019

28 February 2018

Assalamualaikum. Tahun 2017 dah nak melabuhkan tirai, jadi dah tiba masa untuk Ayue update Tema dan Trend warna 2018/2019 untuk rujukan kita bersama sepanjang tahun 2018 nanti terutama untuk bakal pengantin. Maklum lah, nak cari tema warna pengantin tahun 2018 lah, tema dan trend baju sedondon raya lah. Jadi Ayue update siap-siap. Haa, senang. Kalau tahun lepas warna Greenery, tahun ni color of the year untuk tahun 2018 adalah Ultra Violet.


Cantik kan? Macam ala-ala dark purple gitu. Dari apa yang Ayue perhati selama ni, kalau warna purple ni selalunya wedding tu nampak lebih elegan dan grand. Haa, ada yang bercadang untuk perkahwinan mereka nampak eksklusif tak?

Okey, macam tahun-tahun sebelum ni, Ayue memang suka update color of the year untuk rujukan B2B (Bride to be) di luar sana. Yela, senang nak cari tema warna untuk perkahwinan anda kan. Paling penting untuk rujukan Ayue juga supaya senang nak refer masa cari tema warna untuk raya nanti. Raya tahun ni kan dah bertiga pula, kena lah sedondon! Cewah~

Baca : Tema dan Trend Warna 2017/2018

Pakar dari Pantone telah memilih Ultra Violet sebagai tema warna 2018. Pada Ayue warna ni agak gelap berbanding tema warna 2017 yang fresh. Warna ni agak suram tetapi eksklusif gitu. Kalau kena dengan cara dan gayanya, pasti cantik. Kalau anda nak gayakan warna Ultra Violet ni untuk majlis perkahwinan anda, Ayue sangat cadangkan anda buat tema english style. Gabungan warna grey dan putih atau pun pelbagai tona warna ungu. Ya Allah, cantiknya. Cuba tengok contoh wedding yang menggunakan warna Ultra Violet ni.


Tema warna perkahwinan 2018








Cantik sunguh la. Tapi untuk anda yang kurang gemar warna gelap macam ni. Takpa, jangan risau, anda boleh pilih Top 10 warna untuk tahun 2018 yang lain okey. Ni Ayue ada senaraikan semua warna. Haa, suka tak?


Tema dan Trend Warna 2018/2019

Tak suka wedding satu warna je? Takpa, Pantone siap senaraikan lagi color apa yang sesuai dengan Top 10 color 2018 ni.



1) Meadowlark (PANTONE 13-0646)





2) Cherry Tomato (PANTONE 17-1563)





3) Little Boy Blue (PANTONE 16-4132)





4) Chili Oil (PANTONE 18-1440)





5) Pink Lavender (PANTONE 14-3207)





6) Blooming Dahlia (PANTONE 15-1520)





7) Arcadia (PANTONE 16-5533)





8) Emperador (PANTONE 18-1028)





9) Almost Mauve (PANTONE 12-2103)





10) Spring Crocus (PANTONE 17-3020)



Haa, rambang mata tak? Mata satu yang berkenan dihati? Kalau Ayue, dalam banyak-banyak warna ni, Ayue paling suka Blooming Dahlia dengan Arcadia. Macam cantik pula kalau digabungkan warna ni. Almost Mauve pun cantik jugak. Haih semua cantik lah. Nasib baik Ayue dah kahwin tau. Kalau tak mesti pening nak fikir warna apa untuk kenduri kahwin nanti. Hehe. Anda pula suka yang mana?

Have fun choosing your best colour ladies~

Info and picture credit to Pantone




xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.