Majlis Pelancaran Produk STEA

07 January 2018

Assalamualaikum. Ramai yang sedia maklum. Nak cantik luaran, mesti lah bermula dari dalam. Kalau dalaman bermasalah, kita repair lah macam mana pun luaran tu, tetap akan jadi teruk balik. Setuju tak? Tapi masih ramai lagi yang tak ambil kisah tentang penjagaan dalaman ni sebenarnya. Sebab susah kan? Ada yang kena ambil pil lah, ambil supplement macam-macam lah. Itu yang sekerat jalan je tu.

Ni ha Ayue nak share dengan anda satu produk yang senang je nak amalkan sebab dah jadi keperluan badan kita untuk minum air. Tapi jangan minum air kosong saja, letakkan STEA dalam minuman anda. Apa STEA ni? Ok, sabtu lepas Ayue pergi ke Majlis Pelancaran Produk STEA. Sebelum ni Ayue hanya tahu yang STEA ni minuman dari Teh Hijau, kini STEA ada keluarkan produk terbaru mereka iaitu STEA Beauty.



Majlis Pelancaran Produk STEA


Majlis Pelancaran yang berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam ni meriah sangat dengan kehadiran Pengasas STEA, Puan Mastura, agen STEA, dan rakan-rakan blogger dan media yang lain. Selain dipaparkan tayangan montaj pelancaran beserta testimoni pengguna tentang keberkesanan produk STEA ni, kami turut didendang dengan nyanyian lagu dari Amylea Azizan (Amylea AF). Rupanya Amylea ni juga pengguna tegar STEA, sempatlah kami dengar sendiri testimoni live dari Amylea ni.


Kemudian terdapat juga cabutan bertuah dan kuiz untuk tetamu yang hadir. Yang seronoknya, Ayue bukan saja dapat jawap soalan kuiz, malah Ayue juga menang lucky draw tau. Menang bertuah sungguh hari tu. Semasa pelancaran juga, Puan Mastura turut berkongsikan aspirasi, inspirasi dan keistimewaan produk STEA ni.


Rutin harian seorang wanita sebenarnya sangat sibuk walaupun hanya sebagai seorang suri rumah. Kadang-kadang sampai takda masa nak jaga kecantikkan diri terutama yang ada anak kecil macam Ayue ni. Makin selebet dah sekarang ni. Nampak penat lesu je. Jadi, memahami keperluan wanita yang sangat sibuk dengan tugana seorang isteri dan ibu, STEA telah melahirkan produk kecantikan luaran dan dalaman yang sangat senang dan cepat untuk digunakan.


STEA Teh Hijau

Untuk penggemar teh hijau mesti takda masalah untuk cuba produk STEA ni sebab ia merupakan teh hijau yang bermutu tinggi. Teh Hijau asli STEA  adalah daun teh yang diperolehi daripada sumber berkualiti tinggi di Jepun. Setiap uncang STEA terdapat sebuk teh hijau yang disebut 'matcha'. Matcha telah diketahui tentang kebaikan dan manfaatnya untuk kecantikan dan kesihatan. Serbuk matcha mengandungi 137 kali lebih tinggi kandungan anti oksida berbanding teh hijau biasa.


KEBAIKAN STEA TEH HIJAU

  • mengawal berat badan
  • meningkatkan metabolisma dan mempercepatkan pembakaran lemak
  • melawaskan masalah pembuangan
  • membuang kotoran dan toksin dalam badan
  • mengawal selera makan
  • mengurangkan kolesterol
  • agen anti kemurungan
  • agen anti penuaan
  • tinggi anti oksidan
  • menambah tenaga
  • menghalang pengumpulan lemak dalam badan


STEA Beauty

Manakala untuk penjagaan luaran STEA turut mengeluarkan produk berasaskan teh hijau yang terdiri daripada serum dan sabun bagi merawat wajah anda. Di dalam sabun STEA terdapat serat daun teh yang bertindak sebagai skrub setiap kali anda mencuci muka. Serat daun teh di dalamnya mampu untuk membuang kulit mati dan mengeluarkan kotoran degil di wajah anda.


Untuk serum STEA pula, ia bertindak sebagai agen merawat wajah yang rosak. Kandungan utamanya terdiri daripada ekstrak teh hijau, aloea vera, kolagen, stem cell apple dan banyak lagi untuk kesan yang maksimum pada pengguna.Tekstur berbentuk jeli dan tidak melekit. Tiap kali sapu mesti rasa sejuk dan segar je.


KELEBIHAN STEA BEAUTY
  • mengandungi anti oksidan yang tinggi bagi merawat wajah
  • mengecutkan jerawat dengan cepat
  • memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • mengecilkan pori-pori
  • menghilangkan kulit kusam dan kasar
  • melembabkan kulit dan tidak berminyak
  • mengurangkan lingkaran gelap bawah mata
  • menjadikan tona kulit lebih sekata
  • menganjalkan kulit wajah
  • mengurangkan kedutan dan garis halus
  • mencerahkan kulit dan melindungi dari sunburn
  • agen anti penuaan
  • menanggalkan whiteheads dan blackheads


Produk STEA mempunyai Halal Jakim, GMP Certified, HACCP, MeSTI dan ISO 22000-2005.


Harga


STEA Teh Hijau : RM60.00 sekotak 
STEA Beauty : RM89.00


Anda boleh dapatkannya secara online saja. Untuk maklumat lanjut dan sebarang pembelian, sila layari :

Website: www.steabeauty.com.my
Facebook: STEA Malaysia HQ
Instagram: stea_malaysia_hq



xoxo,

post signature

Join the conversation!

  1. meriah nyaaa gambo...tahniah memang lucky draw !!! untung laaaaa oiii

    ReplyDelete
  2. lps ni bole try teh hijau ni sebelum ni minum teh biasa je

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.