Enchanteur Perfumed Body Lotion Review

23 March 2018

Assalamualaikum. Kulit kering dengan Ayue memamg sangat sinonim. Terutama tangan dan tapak kaki. Siapa yang rasa mesti pelik sebab macam dah macam kerja kontrak pula kasarnya. Tangan orang suri rumah ni memang kasar sikit. sebab kami buat semua benda guna tangan ni, Takkan nak pakai glove pula kan. Minum air saja tidak cukup untuk kekalkan kelembapan. Jadi Ayue cuba pakai Losyen Haruman Badan daripada Enchanteur ni.'

Allah wanginya bau dia. Semerbak harum. Satu bilik bau losyen tiap kali Ayue sapu. Terasa kelembapannya tu tahan lama, lembut dan halus. Losyen Haruman Badan daripada Enchanteur ni ada 3 rangkaian semuanya. Ada Satin Smooth, 24H Moist dan Radiant White. Ayue ada kesemua! Haha. Nampak tak betapa sukanya Ayue dengan Losyen Haruman Badan Enchanteur ni.



Losyen Enchanteur Satin Smooth

Losyen Enchanteur Satin Smooth diformulakan dengan Satin yang tidak berminyak, halus dan diperkaya dengan Aloe Vera dan Olive Butter untuk memberikan pelembapan dan pemakanan yang optimum. Yang Ayue punya ni haruman yang paling baru iaitu Stunning. Ia merupakan aroma yang indah dari Mawar Turki, Gardenias dan Blackcurrent Buds. Selain Stunning, ada 3 lagi haruman lain iaitu Charming , Romantik dan Alluring. Sapukan losyen setiap hari untuk kulit licin dan lembut.



Losyen Enchanteur 24H Moist

Untuk Losyen Enchanteur 24H Moist pula, Ayue ada kesemua haruman. Wah, hebat tak? Ia dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit.




Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda. Haruman yang ada dalam rangkain ini adalah Charming, Romantik dan Alluring.


Losyen Enchanteur Radiant White

Akhir sekali adalah Losyen Enchanteur Radiant White. Ia dirumus khas dengan Vitamin C, dan Licorice Extract untuk meringankan dan melembapkan kulit anda sambil melindungi dari sinar UV. Untuk rangkaian Radiant White ni, ia mempunyai haruman Charming, Romantik dan Alluring. Ayue ada haruman Alluring. Wangi sangat. Suka! Ada bau Rose dan Iris yang dipertingkatkan dengan Vanilla berkrim untuk memberikan penjagaan kulit yang lembut.


Kalau anda tanya Ayue yang mana satu rangkaian yang menjadi kegemaran Ayue, Ayue pilih Stunning dalam rangkaian Satin Smooth. Ayue suka bau dia. Anda pula suka yang mana?

Rangkaian Enchanteur Losyen Haruman Badan ini dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi.


Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.