Assalamualaikum. Lama rasanya Ayue tak update entry Buffet Ramadan kan? Sejak ada anak ni memang selalu makan di rumah je. Tapi hujung minggu hari tu Ayue baru balik dari kampung, kami cuba berbuka puasa di 9Kedondong, Ampang sebab harganya berpatutan sangat. RM55 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak. Mana nak dapat area KL buffet ramadan murah macam ni. Dekat Ampang pula tu. Harus lah kami cuba apa yang best dekat sini.
9Kedondong terletak di area rumah kedutaan. Jadi suasana di sana memang sangat tenang dan tak banyak kereta pun. Nak parking pun senang, park saja tepi-tepi rumah tu. Kawasan pun berpagar jadi tak risau jika anak-anak bermain. Dari luar pun dah nampak menarik 9Kedondong ni tak sabar Ayue nak masuk dalam. Sebelum masuk ke tempat makan. siap ada booth untuk kami bergambar. Suasana di tempat makan pula cantik seperti kenduri kahwin. Ayue suka dengan tema tradisional mereka. Ala-ala kampung dalam bandar gitu.
Malah 9Kedondong ni juga pada Ayue sangat child friendly sebab mereka menyediakan kerusi kanak-kanak dan kawasannya luas untuk bergerak dengan stroller. Ayue yang datang dengan stroller ni boleh bergerak bebas. Qaayed nak makan pun senang sebab ada highchair. Ayue memang dari awal dah train Qaayed makan sendiri di kerusi, jadi masa berbuka dia takda lah kacau kami makan. Malah dia makan bersama-sama kami. Alhamdulillah.
Apa yang menarik perhatian Ayue di 9Kedondong ini adalah mereka menyediakan solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah. Allahuakbar, jarang Ayue pergi buffet ramadan ada solat berjemaah ni. Apatah lagi terawih. Yela, masing-masing sibuk menikmati hidangan berbuka. Bila ada solat terawih berjemaah ni, takda lah terus leka dengan makan yang tak sudah tu kan. Siap ada ustaz jemputan lagi tau. Disebabkan 9Kedondong ni kawasan perumahan, jadi ruang solat dan tandas sangat dekat. Tak payah nak jalan jauh-jauh.
Ok cukup. Jom Ayue cerita tentang makanannya pula. Mesti anda pun tak sabar kan? Haa, di 9Kedondong ni mereka menawarkan konsep "Selera Warisan Desa" dimana mereka menghidangkan menu-menu tradisi. Ayue ni jenis kalau berbuka mesti nak cari nasi. Kalau ada benda lain pun mesti nak makan nasi dulu. Menu-menu yang disediakan pula aduh, menyelerakan sungguh. Menu-menu kampung sampai terliur Ayue dibuatnya.
|
Sambal Udang Petai |
|
Daging Masak Black Pepper |
Daging Masak Black Pepper ni memang sedap betul. Lembut je dagingnya. Langsung tak liat. Nyesal pula Ayue ambil sedikit.
|
Ayam Percik |
|
Ikan Keli Berlado |
Ikan keli ni memang favourite Ayue. Kalau nampak menu ni memang Ayue akan ambil. Lagi-lagi kalau Keli goreng atau keli berlado macam ni.
|
Siput Masak Lemak Cili Api Keladi |
Mungkin lain hari lain menu nya. Tapi masa Ayue datang, kuah masak lemak ni saja yang ada. Masakan lain semuanya kering sedikit. Kebetulan Ayue memang suka masak lemak cili api, jadi meriahlah pinggan Ayue dengan pelbagai menu sebab menu yang sihidangkan harini semuanya kena dengan selera Ayue. Kuah masak lemak ni tak pedas sangat, tapi cukup berlemak.
|
Lala Masak Thai |
Favourite husband Ayue ni. Dia tu pantang nampak lala sampai tak pandang dah menu lain. Bayangkan dia cuma makan lala saja masa berbuka haritu. Lala masak thai ni ala-ala masak hijau sebenarnya.
|
Brokoli Cendawan Masak Sos Tiram |
|
Kerabu Mangga |
|
Kerabu Perut |
Tengok lah pinggan Ayue ni, sampai takda space dah nak letak lauk lain. Semua menu Ayue rasa sebab tak tahu nak pilih yang mana satu. Nampak sedap semuanya. Alhamdulillah Ayue makan habis tau.
Selain dari lauk masakan melayu, ada juga booth lain yang menyediakan pelbagai menu sampingan.
|
Minuman Panas |
|
Yong Tau Foo |
Ayue tak sempat nak rasa Yong Tau Foo ni sebenarnya. Tapi anak kak Ayu Rafikah berulang kali ambil, maksudnya sedap lah kan? Hehe
|
Noodle Station |
|
Laksa Johor |
Bila ada Laksa Johor, wajib cuba tau sebab susah nak dapat laksa johor yang betul-betul sedap. Di 9Kedondong ni Laksa Johor nya boleh tahan sedap. Kuah dia cukup semua rasa, cuma sambal nya tu pada Ayue kurang kick. Kalau lagi pedas mesti lagi sedap.
|
Bazaar |
|
Murtabak |
|
Roti Boom |
|
Desserts |
Ada juga pengat pisang, bubur jagung dan bubur cha cha tau. Tapi tak sempat lah Ayue nak cuba semua. Ayue cuma sempat cuba ABC nya saja.
|
Desserts |
Kuih pun ada pelbagai jenis. Yang ni banyak kali Ayue repeat sebab Ayue ni memang suka kuih. Mula-mula Ayue cuba tepung pelita, lepas tu Ayue cuba pula seri muka. Last sekali Ayue cuba cheese tart pula. Serius sedap semuanya. Selalu kalau di buffet kuih-kuih ni Ayue jarang beri perhatian sebab susah nak jumpa yang sedap. Rupa je cantik, tapi rasa tak berapa sedap. Di 9Kedondong insyaAllah semua kuih yang Ayue rasa sedap-sedap belaka.
|
Tepung Pelita |
|
Aneka Kek |
|
Buah-buahan |
Masa buka puasa, menu kami suami isteri penuh meja, buah-buahan ni pula menu Qaayed. Siapa kata ada baby tak boleh berbuka dengan tenang bila keluar? Haa, lepas makan Qaayed duduk pula dalam stroller sebab dia dah mengantuk. Hehe. Ayue pun tak risau nak buka stroller dalam tu sebab kawasannya luas. Sesuai sangat untuk yang bercadang untuk berbuka puasa bersama keluarga.
Okey, untuk anda yang berminat nak berbuka di 9Kedondong ni. Buffet ramadan di 9Kedondong ni bermula dari 18 Mei sehingga 10 Jun 2018. Buka setiap hari bermula dari pukul 6.00pm – 10.00pm.
Harga buffet :
RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C Kanak- kanak ( 0-6 tahun)
Kalau anda
book 10 slot, anda akan dapat percuma 1 slot tau. Dah untung dah kat situ. Makan ramai-ramai lagi meriah. Kalau ada nak buat majlis iftar bersama geng office ke, korporat ke, geng sekolah pun bagus ambil promosi ni. Jimat banyak. 9Kedondong juga menerima tempahan untuk majlis berbuka puasa esklusif (private iftar) atau perjumpaan berkumpulan sempena ramadan ini.
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :
018-7669065 ( Cik Rabia) atau 017-2250705 ( En Haziq)
Alamat:
9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur
Waze : 9Kedondong
Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm
Facebook :
https://www.facebook.com/9Kedondong/
Instagram :
https://www.instagram.com/9Kedondong/
Jangan lupa guna promo kod [
surayax9kedondong ] dan anda akan dapat 10% diskaun dari jumlah bayaran yang dikenakan. Selamat berbuka!
Join the conversation!