Assalamualaikum. Untuk anda yang sedang mencari dan ingin membeli rumah di Selangor yang masih lagi murah dan mampu milik, entry ini adalah untuk anda. Ayue ada jumpa satu projek perumahan yang telah pun 80% siap di Taman Salak Lestari, Sepang yang dimajukan oleh Fitrah Properties Sdn. Bhd. . Tapi malangnya hanya tinggal 20 unit terakhir saja untuk teres dua tingkat dan 3 unit terakhir untuk teres satu tingkat. Jadi, kalau anda betul-betul mahu membeli rumah yang murah dan berbaloi, mari Ayue terangkan sebab-sebab utama mengapa anda perlu beli rumah di Taman Salak Lestari, Sepang ni.
Tanah Rizab Melayu
Pertamanya, Taman Salak Lestari yang berkeluasan hampir 4 ekar yang terletak di kawasan Kampung Baru Labu Lanjut, Mukim Labu ini adalah Tanah Rizab Melayu . Tanah yang direzab untuk diberi milik kepada orang Melayu atau Bumiputra bagi Negeri di mana tanah terletak. Jadi semua pemilik, penyewa, mahupun perniagaan yang akan dijalankan di situ mestilah dimiliki oleh orang Melayu saja. Bonus point untuk mereka yang selesa hidup dalam masyarakat Melayu.
Jenis rumah yang ditawarkan
Taman Salak Lestari ini mempunyai 55 unit rumah iaitu teres satu tingkat (17 unit) dan teres dua tingkat (35 unit). Dibawah ni Ayue ringkaskan butiran kedua-dua jenis rumah ini untuk rujukan anda.
Rumah
Teres
|
Dua
Tingkat
|
Setingkat
|
Size
|
20'
x 67'-69'
|
20'
x 67'
|
Luas Binaan
|
1960
kps
|
1150
kps
|
Bilik
|
4
|
3
|
Bilik air
|
3
|
2
|
Harga
|
RM440,000 hingga
RM750,000
|
RM350,000 hingga
RM650,000
|
|
Pelan Rumah Teres 2 Tingkat |
|
Pelan Rumah Teres 1 Tingkat |
Ayue sendiri telah ke rumah contoh teres dua tingkat di Taman Salak Lestari ini untuk melihat design rumah yang dibina. Dari apa yang Ayue lihat, rumah teres dua tingkat ini mempunyai ruang tamu yang cukup luas untuk seisi keluarga.
|
Ruang tamu |
|
Ruang tamu |
|
Pintu dapur |
Di bahagian bawah rumah ini juga mempunyai dapur, sebuah bilik , bilik air dan juga stor di bawah tangga.
|
Stor |
|
Bilik bawah |
|
Toilet bawah |
Manakala bahagian atasnya pula mempunyai 3 lagi bilik termasuk bilik utama yang sedikit luas dari 2 bilik yang lain, ruang rehat keluarga dan balkoni. Bilik utama mempunyai bilik air tersendiri manakala 2 lagi bilik berkongsi bilik air.
|
Bilik tidur utama |
|
Bilik tidur utama |
|
Toilet Bilik tidur utama |
|
Bilik tidur 2 & 3 |
|
Bilik tidur 2 |
|
Bilik tidur 3 |
|
Toilet Bilik tidur 2 & 3 |
|
Ruang rehat keluarga |
|
Ruang rehat keluarga |
|
Balkoni |
|
Tangga |
Garajnya juga luas hingga boleh memuatkan dua biji kereta
|
Garaj |
|
Corner lot |
Kemudahan & Infrastruktur
Bila sebut saja Sepang, dalam kepala anda mesti ingat jauh sebab dekat dengan KLIA kan. Tapi ada banyak perkara yang orang ramai tidak tahu tentang potensi kawasan Taman Salak Lestari ini sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, Daerah Sepang telah dinobatkan sebagai kawasan pinggir bandar yang paling pesat membangun di Malaysia. Atas sebab inilah pihak Fitrah Properties mengambil peluang ini untuk membina rumah yang mampu dimiliki.
Selain itu, Taman Salak Lestari juga sangat dekat dengan kawasan dan kemudahan berikut:
- 4 min ke ERL Station / Kip Mart / Mcdonald
- 10 min ke KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University
- 15 min ke Putrajaya / Cyberjaya / D'PULZE
- 30 min ke Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam
.
Kemudahan pinjaman
Untuk anda yang ingin membeli rumah di Taman Salak Lestari, pihak Fitrah Properties Sdn.Bhd. akan memberi kemudahan 100% pinjaman daripada beberapa panel bank tempatan seperti Maybank, RHB, CIMB, Bank Islam dan BSN. Malah anda juga akan diberi zero cost entry iaitu yuran guaman (Legal Fees) dan duti stem (Stamp Duty) ditanggung oleh pihak pemaju.
Untuk maklumat lanjut tentang Taman Salak Lestari, boleh PM Ayue atau terus pergi ke Galeri Jualan mereka:
GALERI JUALAN
NO.37, JALAN SEROJA 4, TAMAN SEROJA,
BANDAR BARU SALAK TINGGI,
43900 SEPANG, SELANGOR.
FACEBOOK : https://www.facebook.com/Fitrahproperties
INSTAGRAM : https://www.instagram.com/_fitrah_properties_
TEL: 03-87065254
WHATSAPP: 017-8235254
xoxo,
Join the conversation!