Assalamualaikum. Sebelum ni Ayue tak pernah jejak kaki pun Big Bad Wolf Sale ni. Tapi sempena Big Bad Wold 2018, Ayue kena pergi juga sebab nak cari buku Qaayed. Dia suka membaca sejak dari kecil lagi. Pantang nampak buku mesti dia nak Ayue baca kan. Jadi, sebab nak galakkan lagi Qaayed supaya minat membaca, Ayue nak tambah lagi koleksi buku-buku yang ada.
Ayue tahu buku-buku di Big Bad Wolf (BBW) ni memang murah gila. Sebab tu Ayue teringin juga nak pergi tahun ni. Kebetulan Ayue dijemput hadir ke majlis pelancaran BBW, Ayue pun apa lagi, gunakan lah peluang yang ada untuk beli buku Qaayed sebelum BBW ni dibuka pada orang awam.
Baca : PELANCARAN SAMBUTAN KE-10 JUALAN BUKU THE BIG BAD WOLF BOOK SALE 2018
Semasa pelancaran, Ayue dan rakan media yang lain diberi peluang untuk bermain game Trolley Dash dimana kami diberi troli untuk mencari buku pilihan kami yang bernilai RM300 dalam masa 15 minit. Fuh, berpeluh-peluh juga lah Ayue dan Mira berlari ke sana sini mencari buku anak masing-masing. Alhamdulillah syukur, dalam 30 rakan media yang join, Ayue antara 5 orang yang berjaya menang kesemua buku bernilai RM300 tu. More books for Qaayed!
Tapi pencarian buku bukan setakat tu saja. Ayue masih ada wishlist yang perlu dicari dalam BBW ni. Ayue cari buku board book, picture book yang sesuai dengan umur Qaayed. Dalam masa 2jam, Ayue dapat grab macam-macam buku yang best-best. Semuanya murah dan memang takkan dapat ditempat lain. Board book biasa dekat kedai buku mahal kan? Tapi di BBW, board book serendah RM5! Fuh, menipis juga lah iman sepanjang dalam BBW ni. Mana tidaknya, macam-macam pilihan buku yang ada. Ayue pula memang fokus nak cari buku Qaayed je, tak pandang buku-buku lain, lagi lah rambang mata.
Sepanjang Ayue dalam BBW tu, ada few point yang Ayue nak highlight kan supaya dapat jadi panduan anda yang nak pergi ke BBW 2018 ni nanti. Big Bad Wolf 2018 kali ni dibuat di MIECC, Seri Kembangan dari 7 sehingga 17 Disember 2018. Jadi sepanjang hari akan jammed dan sesak di sana. Ni antara tips yang Ayue dapat simpulkan untuk rujukan anda.
Koleksi buku baru Qaayed hasil menang Trolley Dash dengan yang Ayue beli sendiri. I'm a happy mom!
Selamat mencari buku~

- Pergi naik grab supaya tidak perlu mencari parking
- Pergi waktu bukan peak hour
- Kalau nak naik kereta, parking di Valet parking lebih mudah. Weekday RM5, Weekend RM10 per entry.
- Tiada sistem kotak, anda boleh bawa luggage/troli masing-masing ke dalam hall BBW
- Ruang jalan diantara rak buku besar, tapi hanya muat untuk troli/luggage. Kalau anda nak bawa stroller, Ayue tak galakkan. better pakai carrier.
- Make sure anda pakai kasut yang paling selesa yang anda ada sebab anda akan berjalan berjam-jam
- Dalam hall ada Cafe, tapi Ayue sarankan anda makan siap-siap sebab tujuan utama adalah untuk mencari buku, tapi kalau anda duduk berjam-jam dan lapar, anda boleh berehat dan makan sebentar di cafe yang disediakan.
- Bawa air mineral
- Sediakan list/target buku/author/publisher yang anda cari supaya pencarian menjadi lebih mudah
- Cashier ada banyak, queue untuk pembayaran lebih cepat
Ok, so far ini je yang Ayue ingat. Nanti kalau ada lagi Ayue update ya.
Koleksi buku baru Qaayed hasil menang Trolley Dash dengan yang Ayue beli sendiri. I'm a happy mom!
Selamat mencari buku~
xoxo,
Join the conversation!