Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle Recipe

22 December 2018

Assalamualaikum. Walaupun sekaarang ni musim hujan, tapi kadang-kadang tu terasa juga panasnya. Ayue pula rumah dekat dengan pantai, memang terasa bahangnya bila tengahari tu. Suami Ayue pula jenis yang suka beli stok aiskrim sebab dia suka makan aiskrim lepas dinner. Hehe. Tapi kebetulan hari tu aiskrim dah habis, Ayue terus terfikir idea untuk buat aiskrim sendiri daripada minum Yeo's Yeogurt.


Minuman Yeo's Yougurt ni memang sentiasa ada dekat rumah Ayue. Dia ada macam-macam perisa, tapi favourite Ayue perisa Original. Dari dulu lagi Ayue memang suka minum Yeo's Yougurt ni masa awal pagi sebab ia dapat membantu sistem penghadaman Ayue. Yeo’s Yeogurt ni dirumus khas untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat. Ia diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan kita. Jadi anda yang ada masalah sistem penghadaman tu, cuba lah minum minuman Yeo's Yeogurt ni. InsyaAllah senang je proses membuang tu nanti. Ayue hari-hari membuang tanpa sebarang masalah tau. Haha.


Ayue suka letak minuman Yeo's Yeogurt ni dalam peti ais dan minum masa dia sejuk. Tapi sebenarnya Yeo’s Yeogurt ni tidak perlu disejukkan pun sebab ia kekal segar walaupun berada di suhu bilik. Senang kan. Kalau dekat office tu boleh letak je dalam laci, agak-agak haus boleh minum terus. Tak payah nak letak dalam peti ais dah.



Ok, jom Ayue share resepi Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle ni. Resepi yang sangat-sangat mudah, sihat berkhasiat dan sedap! Bezanya resepi Ayue ni dengan resepi strawberry popsicle yang lain adalah strawberry Ayue ni Ayue bakar. Yes! Bakar supaya dia jadi lagi sedap bercaramel gitu.


Bahan-bahan
Untuk 6 Popsicles
  • 2 kotak Yeo's Yeogurt perisa Original
  • 5 biji strawberry
  • 3 sudu madu*
  • Secubit garam pink*
  • Sedikit esen vanila*


Note : Bahan yang bertanda * tu kalau tak nak letak pun takpa, strawberry saja pun dah sedap. Tapi sebab strawberry yang Ayue beli ni masam sangat, susah nak dapat strawberry yang betul-betul manis kan? Jadi Ayue add-on bahan-bahan ni bagi lagi sedap. Jadi popsicles anda nanti akan ada 3 rasa, masam, manis, masin. Fuh, hebat baq hang.


Cara-cara masak

  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Basuh strawberry, buang tangkai dan belah dua.
  3. Letak dalam loyang yang berlapik dengan baking sheet.
  4. Bakar strawberry selama 20 minit. Starberry akan jadi lembut, berkaramel dan wangi.
  5. Keluarkan dari oven, biarkan sejuk selama 10 minit dan loyang.
  6. Masukkan strawberry ke dalam food processor/blender. Kisar sedikit, jangan sampai hancur supaya anda masih dapat gigit ketulan strawberry masa makan nanti.
  7. Masukkan madu, garam, esen vanila dan kacau sebati.
  8. Letakkan sedikit strawberry puree ke dalam bekas popsicles. Berselang seli dengan minuman Yeo's Yeogurt hingga penuh.
  9. Masukkan ke dalam peti ais. Biarkan seljuk selama 30 minit.
  10. Keluarkan dan cucuk batang popsicles. Kemudian masukkan semula ke dalam peti ais dan biarkan beku selama 4jam.












Seriously, strawberry yang dibakar dan strawberry yang dimasak di dalam kuali sampai jadi puree ni lain rasanya. Strawberry yang dibakar membuatkannya berkaramel, menguatkan lagi rasa dan bau strawberry. Masa bakar tu nanti anda akan bau strawberry semerbak. Wangi je. Resepi ni pun tak guna gula. Ayue gantikan dengan madu. Anda boleh tambah atau kurangkan madu ikut citarasa anda.


Pergh! Sumpah sedap. Ngam sangat rasa minuman Yeo's Yeogurt original ni dengan puree strawberry Ayue ni. Masa first bite tu dapat rasa biji-biji strawberry, campur pula dengan rasa segar Yeo's Yeogurt, sedap berganda. Fuh, confirm lepas ni Ayue nak buat lagi. Mungkin lepas ni boleh variety lah lagi buah dan perisa minuman Yeo's Yeogurt ni. Buat mangga pula ke?


Untuk yang kali ni Ayue cuma tambah bluberry dalam 2 lagi bekas extra popsicles ni. Kebetulan ada blueberry lebih, jadi Ayue masukkan saja dalam dalam bekas popsicles tu tadi. Kalau nak lagi sedap anda boleh bakar juga blueberry ni bagi keluar jus-jus nya tu. Lepas tu selang selikan dengan puree strawberry tadi. Yummy!

Bawah ni Ayue sertakan sekali video step-by-step cara buat Yeo's Yeogurt Strawberry Popsicle ni okey.



Selamat mencuba!


Untuk maklumat lanjut tentang Yeo's, boleh layari:
Website : http://www.yeos.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/YeosMalaysia
Instagram : http://instagram.com/yeosmalaysia




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.