JOYKIDS NOSE CLEANER & NAIL TRIMMER

25 April 2019

Assalamulaikum. Being a first time mom, Ayue tak lari dari masalah nak ketip kuku baby. Semua ibubapa yang pertama kali nak potong kuku baby pun mesti rasa benda yang sama. Takut nak potong kuku anak sendiri. Kuku baby kan nipis, lembut je. Kalau salah potong memang berdarah lah jawapnya. Sebelum ni Ayue guna ketip kuku baby untuk potong kuku Qaayed. Tapi lepas dari kejadian Ayue terketip isi sekali, memang serik dah nak guna ketip kuku lagi. Nasib baik tak keluar darah banyak.


Lepas tu Ayue guna pula gunting kuku sebab orang kata guna gunting lagi senang dari guna ketip kuku. Dulu masa Qaayed baby, dia duduk diam je, senang lah nak gunting kuku dia. Sekarang ni dah besar, bukan senang nak suruh dia duduk diam kejap nak gunting kuku. Jadi kena lah gunting masa dia tidur. Qaayed ni pula masalahnya suka tidur dalam gelap. Macam mana lah Ayue nak gunting kuku dia kalau takda lampu kan. Pun masalah juga. Jadi Ayue cuba cari solution macam mana nak bagi kuku Qaayed pendek tanpa cederakannya.

And Ayue terjumpa dengan Joylee Nail Trimmer. Ayue suka sangat guna trimmer ni sebab dia ada lampu. Dalam gelap pun Ayue boleh trim kuku Qaayed. Qaayed ni pula jenis kuku yang nipis tajam. Kalau salah potong, habis calar balar lah muka dia. Bila guna nail trimmer ni, Ayue dapat trim kuku Qaayed bagi pendek, dan siap boleh trim bagi tak tajam lagi dah. Baru lah senang hati tengok muka Qaayed bersih je takda calar balar.



Joylee Nail Trimmer ni ada 6 kepala yang boleh anda guna untuk trim kuku. Bukan saja untuk kanak-kanak, malah untuk orang dewasa juga.

Untuk kanak-kanak
  • Super Fine Grinding (0-3 Months Old) - Gently removes fine edges from nails, preventing breakage
  • Fine Grinding (4-11 Months Old) - Gently defines nail edges
  • Rough Grinding (12 Months above) - Painlessly removes dead skin and calluses on the base of nails
Untuk dewasa
  • Metal Grinding - Painlessly removes hardened dead skin and calluses
  • Soft Polishing  - Polishes nails and shapes the nail bed
  • Cylindrical Grinding - Perfectly shapes nail edges

Anda boleh gunakan grinding yang mana yang sesuai dengan anak anda. Macam Qaayed, Ayue masih gunakan Super Fine Grinding sebab kuku Qaayed nipis. Ayue nak trim masa Qaayed bangun pun takda masalah dah. Qaayed suka tengok grinding tu berpusing-pusing agaknya. Hehe.


Harga Nail Trimmer ni RM110
Sebarang pembelian boleh order di sini. www.joylee.co/products/joykids-nail-trimmer


Selain dari Nail Trimmer, Joylee juga ada Joykids Nose Cleaner yang dapat membantu parent dekat luar sana yang mengalami masalah nak sedut hingus anak. Yes, bayi dan kanak-kanak yang masih kecil tak pandai nak hembus hingus sendiri. Hingus pula kalau tak dibuang akan jadi kahak dan boleh ganggu pernafasan ketika mereka tidur. Jadi ibubapa lah yang kena sedut hingus anak kan?



Tapi takda lah sedut guna mulut, tak hygiene ok! Sebelum ni Ayue guna nasal aspirator yang ada tube tu. Jenis tradisional. Si ibu kena sedut hingus anak menggunakan tube. Kalau salah sedut, confirm akan masuk mulut. Nanti ibu pulak yang berjangkit. Kan dah susah? Sebab tu Ayue excited sangat nak cuba nose cleaner ni. Setakat ni Qaayed belum kena selsema lagi. InsyaAllah bila Qaayed selsema saja, Ayue akan bagi feedback dekat soalan-soalan anda.




Apa yang Ayue suka tentang nose cleaner ni adalah ia ada lampu dan music untuk alih perhatian anak. Tanpa mereka rasa takut. Sebelum ni masa Ayue guna tube, Qaayed nampak saja mesti dia dah nangis dulu. Dia paling tak suka kena sedut hingus. Menangis meraung macam kena bantai, padahal nak sedut hingus je pun. Hopefully lepas ni takda lagi drama tiap kali nak sedut hingus. Tak sabar nak guna nose cleaner ni bila Qaayed selsema nanti. 

Harga nose cleaner ni RM219. Anda boleh beli di www.joylee.co/products/joykids-nose-cleaner



xoxo,
post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.