Assalamualaikum. Baru-baru ni Ayue ada ke Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya Workshop 2019 untuk belajar cara-cara untuk mengecat dinding menggunakan Nippon Paint Momento Special Effect Paint. Kebetulan Ayue baru je pindah rumah, memang tengah sakan mengecat rumah je sekarang ni. Sebelum ni Ayue cat warna putih je, nak selamat kononnya. Tapi lepas belajar dengan Ben Firdaus dekat Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya Workshop tu, terus rasa macam nak makeover rumah balik! Haha. Nak rumah cantik bukan boleh main hentam cat je tau, Ada ilmu-ilmu yang kita kena belajar dulu.
Selalunya, orang akan ambil warna yang plain dan selamat supaya senang nak match dengan perabot-perabot rumah. Paling-paling best pun, orang akan combine dua atau tiga warna untuk nampak unik sikit. Betul tak? Untuk anda yang nak lari dari rumah kelihatan kusam ataupun dah jemu dengan warna cat sedia ada, haa, ni Ayue nak share sikit. Anda boleh gunakan Nippon Paint Momento Special Effect Paint untuk naikkan semula seri rumah anda. Biar nampak lain daripada yang lain. Baru lah nak bergambar dalam rumah masa raya nanti berseri-seri.
Nippon Paint Special Effect Paint ni ada 3 series semuanya. Textured, Enhancer dan Designer series. Ketiga-tiga siri ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri.
Textured Series
Siri ini merupakan cat yang unik yang membuatkan dinding anda bertekstur khas dengan opaque finish. Ia menampilkan 5 efek khas termasuk :
Enhancer Series
Siri ini pula merupakan garisan istimewa pada cat yang menaikkan seri mana-mana dinding berwarna dengan semi-transparent glaze-over. Ia mempunyai 5 efek khas iaitu :
Designer Series
Siri Designer ini membuatkan anda merasai sendiri kesan garisan canggih dengan kesan khas yang professional yang kelihatan sangat luar biasa. Siri ini mempunyai 6 efek khas iaitu :
Dalam banyak-banyak series ni, Ayue pilih Sparkle Silver, warna Blue Brilliance dari Siri Textured. Ayue berkenan sangat dengan siri ni sebab siri ni memberikan kesan berkilauan bertekstur yang bersinar. Dari dinding Ayue yang nampak dull, putih semua, boleh jadi nampak eksklusif lepas guna cat ni. Ayue dah mula bayangkan dah macam mana rupa rumah Ayue lepas cat nanti. Aduhai, tak sabar terus nak raya ni tau.
Tapi before nak mula mengecat, kena lah ambil ilmu dari yang pakar dulu. Sebab tu Ayue ke workshop Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya untuk belajar dengan Ben Firdaus cara-cara yang betul menggunakan cat Nippon Paint Momento Sparkle Silver tu. Berus pun menggunakan berus khas untuk membuat corak pada dinding nanti.
Ayue dan beberapa rakan-rakan blogger dan media masing-masing ada pilihan cat tersendiri. Maklum lah, citarasa berbeza kan. Tema rumah Ayue warna wood gitu, jadi Ayue rasa Sparkle Silver ni sangat sesuai. Kami masing-masing diberikan board seperti dinding untuk praktis dulu cara-cara mengecat.
Untuk Nippon Paint Momento textured series, cara-cara untuk mengecat adalah :
Kenapa pentingnya untuk apply primer dulu sebelum mengecat? Sebab primer ni akan memastikan cat lapisan atas serasi dengan permukaan pilihan anda dan supaya cat baru anda lebih rata dan sempurna. Primer juga dapat melindungi cat anda daripada cepat bermasalah. Malah dalam masa jangka panjang pula, ia dapat menyelamatkan anda dari kerja-kerja pemulihan yang lebih teruk.
Kemudian, untuk membuat sebarang corak pada dinding, anda perlu gunakan Nippon Paint Washi Tape. Untuk workshop ni, Ayue pilih untuk buat corak seperti batu bata. Maklum lah, jiwa engineering kan. Hehe. Lagipun nampak unik sikit sebab kebanyakkan rakan blogger yang lain memilih untuk membuat corak abstrak.
Selesai membuat corak, Ayue mulakan dengan 1st topcoat dulu. Cat pada bahagian yang Ayue mahu ia berwarna solid saja. Tunggu kering sebentar dan cat pula 2nd topcoat dengan Nippon Paint Momento Textured Paint pada bahagian selebihnya dengan membuat corak criss-cross.
Selepas 2nd topcoat betul-betul kering, baru lah dapat buka Nippon Paint Washi Tape ni untuk reveal corak sebenar yang Ayue design tadi. Kami masing-masing teruja nak tengok hasil tangan sendiri. Macam mana? Cantik tak? Kan Ayue dah kata Ayue punya memang lain daripada yang lain. Hehe.
Dari jauh dah boleh nampak kesan tekstur pada board Ayue tu kan. Sekali pandang macam berkilau gitu. Cantiknya!
Design rakan-rakan lain pun boleh tahan juga. Semuanya puas hati dengan outcome hasil kerja masing-masing.
Tak sabar rasanya nak mula mengecat rumah Ayue tu. Nanti Ayue akan share dengan anda hasil mengecat dalam rumah Ayue ok? Tunggu tau.

- Elegan Gold
- Elegant
- Sparkle Pearl
- Sparkle Silver
- Sparkle Gold
Enhancer Series
Siri ini pula merupakan garisan istimewa pada cat yang menaikkan seri mana-mana dinding berwarna dengan semi-transparent glaze-over. Ia mempunyai 5 efek khas iaitu :
- Snow Frost
- Gold Frost
- Pearl Frost
- Cloud Pearl
- Cloud Gold
Designer Series
Siri Designer ini membuatkan anda merasai sendiri kesan garisan canggih dengan kesan khas yang professional yang kelihatan sangat luar biasa. Siri ini mempunyai 6 efek khas iaitu :
- Velvet Pearl
- Velvet Gold
- Velvet Metallic
- Travertino
- Optical
- Rust Box
Dalam banyak-banyak series ni, Ayue pilih Sparkle Silver, warna Blue Brilliance dari Siri Textured. Ayue berkenan sangat dengan siri ni sebab siri ni memberikan kesan berkilauan bertekstur yang bersinar. Dari dinding Ayue yang nampak dull, putih semua, boleh jadi nampak eksklusif lepas guna cat ni. Ayue dah mula bayangkan dah macam mana rupa rumah Ayue lepas cat nanti. Aduhai, tak sabar terus nak raya ni tau.
Tapi before nak mula mengecat, kena lah ambil ilmu dari yang pakar dulu. Sebab tu Ayue ke workshop Nippon Paint Inspi Raya Warna Raya untuk belajar dengan Ben Firdaus cara-cara yang betul menggunakan cat Nippon Paint Momento Sparkle Silver tu. Berus pun menggunakan berus khas untuk membuat corak pada dinding nanti.
Ayue dan beberapa rakan-rakan blogger dan media masing-masing ada pilihan cat tersendiri. Maklum lah, citarasa berbeza kan. Tema rumah Ayue warna wood gitu, jadi Ayue rasa Sparkle Silver ni sangat sesuai. Kami masing-masing diberikan board seperti dinding untuk praktis dulu cara-cara mengecat.
Untuk Nippon Paint Momento textured series, cara-cara untuk mengecat adalah :
- Apply basecoat : Prime with Momento Primer
- Design with Nippon Paint Washi Tape
- 1st topcoat : Paint solid colour on desired area
- 2nd topcoat : Paint Momento Textured Paint on desired area
Kenapa pentingnya untuk apply primer dulu sebelum mengecat? Sebab primer ni akan memastikan cat lapisan atas serasi dengan permukaan pilihan anda dan supaya cat baru anda lebih rata dan sempurna. Primer juga dapat melindungi cat anda daripada cepat bermasalah. Malah dalam masa jangka panjang pula, ia dapat menyelamatkan anda dari kerja-kerja pemulihan yang lebih teruk.
Kemudian, untuk membuat sebarang corak pada dinding, anda perlu gunakan Nippon Paint Washi Tape. Untuk workshop ni, Ayue pilih untuk buat corak seperti batu bata. Maklum lah, jiwa engineering kan. Hehe. Lagipun nampak unik sikit sebab kebanyakkan rakan blogger yang lain memilih untuk membuat corak abstrak.
Selesai membuat corak, Ayue mulakan dengan 1st topcoat dulu. Cat pada bahagian yang Ayue mahu ia berwarna solid saja. Tunggu kering sebentar dan cat pula 2nd topcoat dengan Nippon Paint Momento Textured Paint pada bahagian selebihnya dengan membuat corak criss-cross.
Selepas 2nd topcoat betul-betul kering, baru lah dapat buka Nippon Paint Washi Tape ni untuk reveal corak sebenar yang Ayue design tadi. Kami masing-masing teruja nak tengok hasil tangan sendiri. Macam mana? Cantik tak? Kan Ayue dah kata Ayue punya memang lain daripada yang lain. Hehe.
Dari jauh dah boleh nampak kesan tekstur pada board Ayue tu kan. Sekali pandang macam berkilau gitu. Cantiknya!
Design rakan-rakan lain pun boleh tahan juga. Semuanya puas hati dengan outcome hasil kerja masing-masing.
Tak sabar rasanya nak mula mengecat rumah Ayue tu. Nanti Ayue akan share dengan anda hasil mengecat dalam rumah Ayue ok? Tunggu tau.
xoxo,
Join the conversation!