Joymix Pure Collagen powder review

25 July 2019

Assalamualaikum. Pada Ayue, nak cantik mesti lah dari luar dan dalam. Bukan di luar saja. Lagi pun bila dah cantik dalam, selalunya bahagian luar pun akan sama cantik. Sebab tu pentingnya kita cantikkan bahagian dalam dulu. Setuju tak?

Selain daripada pengambilan pemakanan yang sihat, Ayue juga amalkan supplement tambahan Joymix Pure Collagen Powder untuk mencantikkan kulit Ayue yang makin dimakan usia ni. Maklum lah, bila makin berumur, garis-garis dekat muka ni pun mula lah muncul. Walaupun Ayue takda masalah kulit macam acne, tapi kulit Ayue ni jenis kusam, tak berseri. Sebab tu Ayue try Joymix Pure Collagen Powder ni.


Collagen yang digunakan dalam Joymix Pure Collagen Powder ni adalah dari Pure Marine Collagen Powder. Jadi ia tiada sebarang aditif, pewarna mahupun perisa. Seriously, kalau anda minum begitu saja dengan air masak pun anda hanya akan rasa slightly collagen saja, Takda bau dan rasa hanyir langsung. Malah ia juga tiada asid Hyaluronic yang akan membuatkan anda bertambah gemuk sebab high water retention. Bagus kan?


Joymix Pure Collagen Powder ni didatangkan dalam botol seberat 200gm dan boleh tahan sehingga 2 bulan jika anda consume setiap hari. Packagingnya kedap udara dan ada satu scoop didalamnya bagi memudahkan untuk anda menyukat penggunaan anda.


Untuk mengetahuan anda, lebih kurang 30% protien di dalam badan kita terdiri daripada collagen. Selalunya collagen dijumpai di dalam kulit, tulang dan tisu penghubung. Collagen memberikan kulit kekuatan dan keanjalan, dan juga bertanggungjawab untuk penggantian sel kulit mati. Pengeluaran kolagen biasanya mula menurun selepas usia 40 tahun.


Haa, sebab itu lah Ayue dah kena siap sedia dari sekarang. Berapa tahun je lagi nak cecah umur 40-an. Takkan dah masuk 40-an nanti baru nak tercari-cari collagen kan?


Jadi apa fungsi collagen ni sebenarnya? Fungsi Joymix Pure Collagen Powder adalah:
  • Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
  • Mengurangkan kedutan kulit
  • Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan pada kuku
  • Menguatkan sendi dan tulang
  • Tiada sebarang pencemaran bakteria
  • Melicin dan memberikan keserian pada wajah

Kelebihan Joymix Pure Collagen Powder

  • Berat molekul kecil 500-1500 Dalton. Mudah menyerap ke dalam kulit anda dan sangat berkesan
  • Bau hanyir ikan yang sangat sedikit. Mudah untuk dicampurkan dengan bahan-bahan lain.
  • Tiada pencemaran bakteria. Selamat
  • Gabungan logam berat yang rendah. Selamat


Cara pengambilan Joymix Pure Collagen PowderCara pengambilan Joymix Pure Collagen Powder ni mudah saja. Anda hanya perlu masukkan satu scoop powder ke dalam minuman pilihan anda sehari sekali. Tak kisah lah apa minuman sekalipun, kopi, teh, milo ataupun jus buah-buahan, semunya boleh. Macam Ayue, Ayue pilih untuk masukkan ke dalam air sirap sebab Ayue memang minum sirap setiap hari. Hehe.




Apa yang Ayue suka adalah bila collagen tu dah campur ke dalam air sirap Ayue, ia langsung tak ada bau ikan langsung. Malah air sirap Ayue pun elok saja warna nya. Tak bertukar warna pun. Bila minum air sirap sejuk, campur dengan collagen, sedap je masuk tekak ni. Tak rasa macam minum collagen pun. Selalunya Ayue akan minum waktu minum petang.


Oh ya, Joymix Pure Collagen Powder ni dah pun disahkan halal oleh pihak Jakim tau. Boleh minum tanpa was-was. Harga sebotol Joymix Pure Collagen Powder ni hanya RM98 dan Free delivery.


Untuk info lanjut dan sebarang pembelian, sila layari :
JoyMix Pure Collagen Powder 




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.