Assalamualaikum. Lama rasanya Ayue tak ke event launching ni. Bila sesekali pergi, rasa excitednya lain macam. Baru-baru ni Ayue pergi ke Majlis Pelancaran cawangan kedua LuLu Hypermarket di Tingkat 1 LG, 1 Shamelin Mall, Cheras. Untuk anda yang tidak pernah shopping di LuLu Hypermarket, anda pasti teruja bila sampai di sana sebab barangan harian yang ditawarkan sangat berpatutan malah boleh Ayue kata kan sangat murah berbanding hypermarket yang lain. Menarik kan?
Pasar raya LuLu Hypermarket ini sebenarnya berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Untuk cawangan keduanya di Malaysia yang dibina di atas tapak seluas 80,000 kaki persegi ini merupakan cawangan nya yang ke-174 di dunia.
Pasar raya LuLu Hypermarket ini sebenarnya berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE). Untuk cawangan keduanya di Malaysia yang dibina di atas tapak seluas 80,000 kaki persegi ini merupakan cawangan nya yang ke-174 di dunia.
Apa yang menarik perhatian Ayue adalah LuLu Hypermarket ini bukan sahaja menawarkan barangan dapur, malah ia juga menawarkan barang kelengkapan rumah yang lain seperti pakaian, barangan elektrik, alat tulis dan permainan untuk kanak-kanak. Tidak seperti cawangan pertamanya di Kuala Lumpur, cawangan kedua LuLu Hypermarket ini hanya mempunyai satu level sahaja iaitu di LG. Ia memudahkan lagi untuk anda shopping segala benda di level yang sama.
Semasa pelancaran pembukaan LuLu Hypermarket ni, ia juga ada membuat promosi sempena dengan pembukaan cawangan keduanya di Shamelin, Cheras bermula dari 1 Julai hingga 4 Julai 2019. Orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan sebab harganya terlampau murah. Bukan sikit-sikit murahnya ok. Murah gila-gila. Harga ayam hanya RM2.99 sekilo? Huish, memang wajib beli lah kan. Bukan itu saja tau, ada banyak lagi barangan dapur termasuk barangan elektrik yang dipromosikan. Harga memang tak masuk akal. Tengok lah kakak ni shopping macam mana.
Ayue yang ada di sana pun tak keruan dibuatnya. Kalau boleh semua benda nak ambil stok. Haha. Apa yang Ayue perasan, walaupun orang ramai memenuhi segenap ruang di LuLu Hypermarket ni, tapi barangan dan susun atur setiap barang masih lagi cantik tersusun dan terkawal. Mudah untuk pelanggannya mencari barang yang diingini.
Malah di bahagian elektrik pun cantik tersusun semua. Harga juga dipamerkan sangat jelas harga sebelum dan selepas diskaun bagi mengelakkan kekeliruan.
Antara barangan elektrik yang mendapat sambutan hangat adalah Philips LED TV 40" ini kerana harganya daripada RM1299, diturunkan kepada RM699 sahaja!! Murah gila kan? Tengok abang ni senyum sokmo bila dapat beli LED TV 40" dengan harga yang sangat murah.
Barangan kelengkapan dapur yang lain juga menarik perhatian Ayue. Antaranya set kuali dan periuk ni. Maklum lah, dah jadi orang rumah ni takda benda lain yang nak dibeli selain daripada menambah koleksi periuk. Betul tak? Set pinggan mangkuk nya pun boleh tahan cantik. Berkenan betul Ayue dengan set pinggan yang biru ni. Ala-ala vintage gitu.
Bahagian penjagaan diri juga menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa dengan harga yang sangat berpatutan. Sabun mandi, ubat gigi, malah pencuci pakaian juga diberi diskaun yang hebat semasa promosi pembukaan cawangan kedua LuLu Hypermarket ini.
Tapi dah nama pun suri rumah, bahagian yang paling digemari mestilah barangan dapur. Geram betul Ayue bila tengok harga beras Jasmine 5kg hanya RM24! Telur satu papan gred C hanya RM5.99! Wajib lah belikan.
Bukan tu je, dekat bahagian barangan basah seperti ikan dan daging yang dipamerkan nampak segar dan mempunyai pelbagai pilihan. Ini kalau bawa suami Ayue shopping sekali ni memang dia borong daging ni sebab nampak segar. Eh Ayue dah beritahu ke tadi yang sempena promosi pembukaan ni Ayam dijual dengan harga RM 2.99 sekilo? Dah? Haa maksudnya Ayue excited nak beritahu anda lah tu sampai 2 kali Ayue mention ni. Siapa yang sempat beli masa promosi tu untung sangat-sangat.
Ada satu lagi bahagian di LuLu Hypermarket ni yang menjadi perhatian Ayue adalah Roastery. Bahagian ni mempunyai pelbagai kekacang, kismis, kurma dan macam-macam lagi. Kalau anda rindu dengan kekacang yang di jual di Mekah/Madinah, boleh lah singgah di sini beli. Selalunya Ayue akan guna kekacang ni bila nak masak nasi briyani atau nasi berwarna yang lain.
Kalau agak-agak shopping lama sangat, boleh lah singgah dekat bahagian Hot Food ni beli masakan panas-panas. Ya ampun, menarik sangat ye makanan yang ditawarkan. Ayue sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Semuanya sedap-sedap dan banyak juga makanan yang Ayue belum pernah cuba.
Anda kalau belum pernah ke LuLu Hypermarket tu, wajib singgah sini nanti ok? Kalau takda promosi pun, harga disini memang murah-murah. Tak rugi datang.
LuLu Hypermarket
1 Shamelin Mall, Cheras
Waktu operasi :
Ahad - Khamis (10am -10pm)
Jumaat - Sabtu (10am - 11pm)
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL/
xoxo,
Join the conversation!