Air Fryer Toros Pro Chef Review

23 August 2019

Assalamualaikum. Sebenarnya Air Fryer Toros Pro Chef ni adalah air fryer yang kedua pernah Ayue ada. Air fryer yang sebelum ni masih berfungsi dengan baik, cuma Ayue kurang berpuas hati dengan hasil makanan yang di masak. Especially menggoreng.


Makanan bergoreng ni memang sedap rasanya. Rakyat Malaysia pula memang disajikan dengan pelbagai menu masakan bergoreng yang sedap-sedap belaka. Ada saja menu-menu baru yang viral di social media yang melibatkan makanan digoreng. Tapi disebabkan Ayue risau dengan sejarah kesihatan keluarga yang tak sihat, Ayue cuba ubah cara pemakanan kami sekeluarga. Yes, parents dan ahli keluarga Ayue yang dah tua kebanyakannya ada penyakit 3 serangkai, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Selain dari faktor keturunan, pemakanan salah satu punca utama mereka dapat penyakit-penyakit tu. Jadi sebelum jadi apa-apa, Ayue cuba ubah untuk makan makanan yang lebih berkhasiat dan kurang berlemak.

Tapi biasa lah, makanan berkhasiat ni susah nak dapat yang sedap kan? Lagi-lagi yang bergoreng. Ayam goreng, sotong goreng, sayur goreng, daging goreng, eh banyak lah menu-menu yang sedap digoreng. Semua tu kolestrol tinggi ye. Sebab tu Ayue suka masak guna air fryer. Selain dari lebih sihat sebab tak perlukan minyak untuk memasak, ia juga dapat menjimatkan masa Ayue di dapur.


Kali pertama Ayue tengok video Air fryer Toros Pro Chef ni dekat youtube, Ayue terus berkenan sangat dengan design dan kelebihan yang ada padanya. Mana tidaknya, kelebihan paling utama yang Ayue suka adalah ia ada fungsi auto rotating! Haa, berbeza dengan air fryer Ayue yang sebelum ni, bila masak masakan bergoreng, Ayue kena berhenti separuh jalan dan terbalikkan ayam yang digoreng supaya gorengan nya sekata. Tapi dengan air fryer Toros Pro Chef ni, tak perlu lagi Ayue nak rotate sebab dia rotate sendiri. Puas hati bila makan ayam dimasak sekata.

Selain daripada auto rotate, antara kelebihan lain yang ada pada Air Fryer Toros Pro Chef ni adalah :

1) All in one multifunction cooking

Bukan setakat menggoreng ye, tapi ia ada macam-macam lagi mode masakan yang lain seperti Fry, Bake, Grill, Stir fry, Roast, dan Pizza. Basically semua masakan boleh dimasak menggunakan air fryer Toros Pro Chef ni kan? Ayue sendiri dah cuba masak pelbagai menu dan hasilnya sangat memuaskan. Seriously sangat mudah, jimat masa dan jimat tenaga. Ayue cuma perlu sediakan bahan masakan, masukkan ke dalam air fryer dan pilih mode masakan. Siap! Kalau nak set sendiri pun boleh, anda cuma perlu refer pada manual untuk tahu berapa suhu dan minit yang diperlukan pada setiap jenis makanan.




2) Transparent cover

Haa, fungsi yang ini anak Ayue paling suka sebab dia dapat tengok proses memasak tu. Especially bila Ayue baking cupcake dia. Seronok bukan main lagi. Fungsi transparent cover ni supaya Ayue dapat monitor masakan Ayue. Yela, kadang-kadang Ayue terlebih set suhu atau masa, nanti overcook pula kan. Bila dapat tengok masakan tu dimasak, takda lah lagi masalah overcook kan. Ayue pernah baking guna air fryer yang sebelum ni, dia takda fully tutup dan Ayue memang tak nampak proses masakan didalamnya, tahu-tahu saja ada bau hangit dan muffin Ayue dah over baked. Alahai, sedih pula rasanya. Dah membazir kat situ. Sebab tu bila ada fungsi transparent cover ni, Ayue lega sangat sebab mudah nak pantau masakan.



3) Auto rotating

Fungsi ni lah yang membuatkan Ayue berkenan dengan Air Fryer Toros Pro Chef ni. Auto rotating ni sangat berguna bila masak menggunakan air fryer sebab dia akan buat masakan jadi sekata. Tak perlu Ayue nak kejap-kejap buka air fryer untuk rotate masakan. Hasil masakan pun jadi cantik je. Ayue cuma perlu condongkan pot ke kiri atau ke kanan dan ia akan berpusing sambil memasak.




4) 360° rolling heating technology

Fungsi ini pun salah satu sebab masakan jadi sekata. Teknologi pemanasan turbo yang unik pada air fryer ni berfungsi untuk memanaskan udara dengan cepat supaya anda dapat masak masakan anda dengan sedikit ataupun takda minyak langsung. Sambil auto rotate, sambil berpusing 360°, memang cantik hasil menggoreng. Tengok Ayue goreng daging blackpepper ni, cantik je hasilnya kan. Daging pun jadi cepat lembut dan empuk tau.



Ayue ada juga cuba bake cupcake menggunakan air fryer ni dan hasilnya sangat memuaskan. Cupcake Ayue naik elok saja dan masak sekata. Gebu saja didalamnya. Cukup masak atas dan bawah tanpa hangit. Anak Ayue lah yang syok sangat bila Ayue masak cupcake ni. Belum apa-apa dia dah standby depan air fryer. Oh ya, walaupun air fryer ni sedang masak, tapi air fryer ni tak panas macam kita bakar cupcake guna oven. Jadi Ayue tak risau bila Qaayed tunggu cupcake dia depan air fryer ni.




Apa yang membuatkan Air Fryer Toros Pro Chef ni lagi best adalah dia besar. Pot masakan didalamnya juga besar sehingga anda boleh masak seekor ayam tanpa potong didalamnya. Roasted chicken lah kiranya. Haa, boleh masak seekor terus tau. Potnya pula non-stick, memang takkan melekat masakan pada pot tu. Senang nak basuh pula tu.


Air Fryer Toros Pro Chef ni juga dilengkapi dengan beberapa accesories untuk membantu anda memasak antaranya Pot Handle untuk mengangkat pot, Low Rack untuk memanggang atau membakar, Tong untuk mengangkat makanan dan bekas masakan seperti pinggan atau loyang, dan akhir sekali Filter yang anda perlu pasang pada perisai pemanas bagi mengelakkan pengumpulan gris dalam pemanas berpunca daripada masakan berlemak.



Cara penggunaan

Nak set Air Fryer Toros Pro Chef ni mudah saja. Anda hanya perlu plug in power supply, letakkan accesories air fryer jika perlu, tetapkan kedudukan pot sama ada condong ke kiri, kanan atau menegak dan ikut prosedur dibawah:
  1. Selepas plug in, skrin LED akan memaparkan (---)
  2. Tekan butang Start sekali dan air fryer berada pada stand-by mode
  3. Tekang butang Menu untuk pilih mode jenis masakan
  4. Tekan butang Time/Temperature untuk adjust default masa dan temperature yang diingini (Jika perlu)
  5. Tekan butang Start untuk mulakan masakan

Mudah je kan? Jika pilihan Menu yang ada tidak sesuai dengan menu masakan anda, anda juga boleh menetapkan masa dan suhu dengan menekan butang Time/Temperature.
  1. Tekan butang Time/Temperature sekali untuk menetapkan suhu air fryer.
  2. Tekan butang (+) atau (-) untuk menaik dan menurunkan suhu yang diingini
  3. Tekan butang Time/Temperature lagi sekali untuk menetapkan masa air fryer pula
  4. Tekan butang (+) atau (-) untuk menaik dan menurunkan masa yang diingini
  5. Tekan butang Start untuk mulakan masakan

Bawah ni Ayue sediakan video cara menggunakan Air Fryer Toros Pro Chef untuk rujukan anda.


Macam mana? Berkenan tak? Kalau anda nak beli, harga Air Fryer Toros Pro Chef ni RM799 tau, tapi sekarang air fryer ni ada diskaun 40% dan anda boleh beli di Shopee dengan harga RM479 saja!!

Purchase at Shopee: http://bit.ly/TorosBlogger
Campaign discount code: BUFFTOROS

Cepat-cepat beli ok sebab promo ni sampai 15th September 2019 je. Untuk maklumat lanjut, boleh layari : https://buffalo.world/product/toros-pro-chef/



xoxo,

Join the conversation!

  1. Dah lama nak beli air fryer ni, tapi tak tahu nak beli mana satu. huhu. tq review!

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.