Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash sesuai untuk kulit sensitif Qaayed

23 October 2019

Assalamualaikum. Qaayed ni dari dia baby lagi kulit dia memang sensitif dengan sabun mandi. Ayue ingat lagi masa dia 7 bulan, Ayue pernah tukar sabun mandi dia dengan jenama lain. Konon nak try benda baru lah. Sekali habis naik merah-merah satu badan dia. Mak mana yang tak cuak tengok baby dia naik merah-merah satu badan kan. Puas Ayue fikir apa yang trigger merah-merah tu sebab setahu Ayue, Ayue makan benda yang biasa saja. Takda benda baru. Then baru Ayue teringat yang Ayue ada tukar sabun mandi Qaayed pagi tu. Bila Ayue tukar balik ke sabun mandian lama, baru hilang merah-merah tu. Lega!


So basically Ayue memang stick pada few produk mandian je untuk Qaayed sebab taknak dia naik balik merah-merah tu. Ada juga jenama lain yang Ayue cuba and Qaayed serasi. Tapi Ayue pula yang tak suka dengan baunya. Ayue pula memang jeins suka cium Qaayed tak kira masa. Mesti lah nak dia wangi-wangi kan. Kebetulan pula sabun mandi Qaayed memang nak habis dah, sabun mandian ayng Qaayed selalu guna tu pula susah sangat nak belinya. Takda dekat farmasi, and hanya ada pada mall tertentu. Jadi susah Ayue nak restock bila habis. Ayue pun cuba lah Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni sebab Ayue dengar banyak sangat review yang best-best tentang sabun ni. Nak beli pun senang.


Lagi pun, Ayue pasti ramai yang dah tahu yang jenama Cetaphil ni memang sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit dan kulit sensitif sebab dia paraben free, mineral oil free, hypoallergenic, dan disyorkan oleh pediatrician. Itu yang membuatkan Ayue makin yakin nak cuba sabun ni dekat Qaayed and alhamdulillah, serasi!

Malah 10/10 ibu-ibu setuju bahawa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash perlahan-lahan membersihkan dan melembapkan kulit halus bayi sebab ia mengandungi 1/3 pelembap dengan lidah buaya. Rumusan hypoallergenic nya pula adalah lembut dan melembapkan. Kalau ibu-ibu lain dah percaya dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni, apa salahnya Ayue pula cuba kan?


Sebagai ibu, Ayue sangat-sangat ambil berat tentang penjagaan kulit Qaayed sebab dia bukan saja sensitif pada sabun mandian, tapi juga sensitif pada peluh. Kalau cuaca terlalu panas, dan Ayue tak lap peluh didahi dia, dahi Qaayed akan naik ruam peluh yang makan hari juga nak hilang. Nasib baik Qaayed ni takda alahan pada makanan, dia makan semua benda. Syukur juga lah Ayue sebab kalau dia alah makanan, lagi pening Ayue nak uruskan. Hehe.


Masa nak mandikan Qaayed pun senang je sebab Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni tear free dan soap free, Qaayed pun suka agaknya dengan bau dia, tu yang senang je nak mandi tu. Qaayed dah pakai Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni seminggu and so far, takda apa-apa alahan. Sangat serasi dengan dia. Kulit Qaayed pun makin lembut, makin moist macam kulit baby! Sukanyaaaa. Nak cium Qaayed sekarang pun best sebab bau dia macam baby-baby. Hehe. Jenuh kena gomol dengan ibu dia hari-hari.



Antara sebab utama yang membuatkan Ayue nak jatuh cinta dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni adalah:

  • Ia membersihkan & melembapkan kulit halus bayi secara lembut
  • Disyorkan oleh Pediatrik so memang selamat nak guna
  • 0% paraben
  • Soap Free dan tak keringkan kulit bayi
  • Tear Free
  • 1/3 pelembap dengan aloe vera yang menenangkan dan minyak badam
  • Hypoallergenic
Semuanya sangat sesuai dengan kulit sensitif Qaayed. Even dia seharian main berpeluh-peluh pun Ayue tak risau sangat dah. Qaayed ni cepat berpeluh tau, mewarisi gene ibu dia. Tak padan dengan kecil, aktif ke sana sini berlari-lari main dengan sepupu-sepupu dia. Bila kulit Qaayed dah takda masalah, dia pun jadi selesa dan aktif bermain. Itu yang membuatkan Ayue sangat happy lega. Banyak betul perbezaannya bila Ayue tukar sabun mandian Qaayed dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni. Alhamdulillah.


Mommy yang ada anak kulit sensitif tu, boleh lah cuba Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ni ok? It works for Qaayed and insyaAllah it works for your baby too.



xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.