Garis Panduan Car Seat untuk Kanak-Kanak di Malaysia

08 November 2019

Assalamualaikum. Ayue yakin yang semua ibubapa di Malaysia dah alert yang mulai tahun depan, kerajaan mewajibkan semua kanak-kanak yang mempunyai ketinggian 135cm ke bawah untuk menggunakan Car Seat atau Kerusi Keselamatan ketika berada di dalam kenderaan. Ayue antara ibubapa yang sangat sokong dengan keputusan ni.
Ayue ingat lagi masa mula-mula Ayue mengandungkan Qaayed, benda terawal yang ada dalam wishlist Ayue adalah car seat walaupun masa tu Ayue belum faham sangat pun tentang kepentingan car seat ni. Tapi apa yang Ayue tahu, malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku bila-bila masa saja tanpa sebarang notification. Ayue faham sebab Ayue sendiri pernah terlibat dalam kemalangan kecil. Dalam pada kami sedang berbual, suami Ayue terlanggar tembok dan kereta kami ternaik atas divider. Bunyi macam kelakar kan? Tapi hakikatnya Ayue dan suami terlambung dan terhantuk sana sini walaupun kereta yang dipandu cuma perlahan saja. Airbag siap keluar dan pecah. Tak dapat Ayue bayangkan kalau masa tu Qaayed ada. Tak tau lah apa yang jadi. Sebab tu Ayue tekad juga untuk beli car seat.


Cuma, walaupun Qaayed dah duduk dalam car seat sejak keluar dari hospital lagi, tapi sebenarnya Ayue belum betul-betul faham pun tentang penggunaan car seat yang sebetulnya. Sampai lah Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) menganjurkan  Vehicle Safety Week dari  21 hingga 26 Oktover hari tu.

Vehicle Safety Week ni diadakan dengan tujuan untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dalam bidang keselamatan jalan raya yang berkaitan dengan teknologi dan produk bagi keselamatan kenderaan yang boleh didapati di rantau Asean.  Sebanyak 8 sesi perkongsian telah dijadualkan dan yang menariknya, Asean Ncap juga telah menjalankan beberapa siri ujian perlanggaran kenderaan sepanjang minggu ni untuk membuktikan pelaksanaan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak adalah amat perlu.


Ujian perlanggaran kenderaan bahagian depan, dengan kelajuan 64km/jam, diadakan pada 23hb manakala ujian perlanggaran bahagian sisi telah dijalankan secara public pada 26hb dengan kelajuan 50km/ hour dihadapan semua mengunjung yang hadir. Ujian perlanggaran kenderaan ini melibatkan kenderaan BMW 3 series dan kerusi keselamatan jenama Maxi Cosi iaitu axi Cosi Titan Pro dan Maxi Cosi CabrioFix + Maxi Cosi FamilyFix. Kedua dua car seat ni dalam keadaan steadly selepas perlanggaran dan mampu memegang dummy yang dipasang dalam nya dengan baik. Ayue sertakan sekali video semasa ujian perlanggaran di bawah ni supaya anda dapat gambaran macam mana sesuatu perlanggaran tu sangat bahaya walaupun kenderaan yang dipandu hanya 50km/hour.

Side Test

Side Test Slow Motion



Front Test


Macam mana? Gerun kan? Bayangkan jika anak-anak anda tidak menggunakan car seat semasa perlanggaran. Apa agaknya yang akan berlaku. Haish, nak type pun Ayue tak sampai hati. Dah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk menyediakan keselamatan untuk anak-anak mereka. Jadi pada ibubapa yang masih belum membeli carseat untuk anak anda, Cepat-cepatlah beli car seat ok?

Nak beli car seat jenis macam mana? Mahal ke murah? Kalau anak ramai macam mana nak buat? Haa, anda tak perlu pening kepala dah sebab Timbalan perdana menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah pun merasmikan Buku Garis Panduan Kerusi Keselamatan Kanak Kanak di Malaysia pada 23hb Oktober hari tu. Dalam panduan tu mempunyai maklumat yang anda perlu untuk membeli dan memasang car seat pada kereta anda. Panduan ni amat penting untuk anda tahu supaya anda dapat memilih car seat yang sesuai dan memasangnya dengan kedudukan yang betul pada kenderaan anda. Paling penting, ibubapa perlu tahu bahawa hanya kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) yang mempunyai piawaian keselamatan EN ECE R44/04 dan R129 saja dibenarkan digunakan di Malaysia. Check sebelum membeli ye.





Download Garis Panduan Kerusi Kanak-kanak di Malaysia

Kalau anda tanya Ayue car seat apa yang paling best dan berbaloi untuk dibeli, jawapan Ayue tentulah Maxi Cosi. Kenapa? Sebab Maxi Cosi telah pun menghasilkan produk bayi yang paling selamat, paling praktikal dan selesa selama lebih 30 tahun. Semua produk Maxi-Cosi memenuhi atau melampaui piawaian keselamatan yang paling sukar yang ditetapkan oleh pakar keselamatan industri dan badan-badan kerajaan. Untuk pengetahuan anda, satu produk Maxi Cosi akan menjalani sehingga 1000 car seat test semasa R&D. Ujian itu termasuklah:

  • Perlanggaran bahagian hadapan, belakang, side impact dan 360 ° roll over test untuk perlindungan yang maksima.
  • Kesemua ujian ini dilakukan dengan lebih daripada 300 sensor setiap dummy dari semua peringkat umur.
  • 5000 kali ujian pada harness system dan buckle
  • 10000 bounces memastikan ketahanan yang optimum
  • Baby car seats diuji pada stroller untuk 300 km
  • Isofix connectors diuji sebanyak 2000 times
  • Ujian kering kelembapan dan ujian suhu tinggi


Tak hairan lah kalau Maxi-Cosi ni merupakan No 1 dalam penjualan car seat di seluruh dunia kan. Macam-macam ujian telah dijalankan dan ini yang membezakan Maxi Cosi dengan jenama car seat yang lain. Pada Ayue, kalau anda berkemampuan untuk invest pada carseat, invest lah pada car seat jenama Maxi Cosi sebab ia antara yang terbaik. Ayue pun kalau diberi peluang, memang Ayue nak tukar car seat sedia ada ni dengan Maxi Cosi. Doakan kami murah rezeki ya. Untuk anda yang tertarik dengan Maxi Cosi, ini antara dua model yang boleh anda pertimbangkan.



Maxi-Cosi CabrioFix
Terbaik untuk bayi baru lahir sehingga kira-kira 13 kg. Ia ringan dan boleh dipindahkan dengan cepat dan mudah dari kereta ke mana-mana stroller Maxi-Cosi atau Quinny. Mempunyai extra padding dan seat size reducer untuk newborns, manakala Side Protection System mengoptimumkan keseluruhan keselamatan.


Maxi-Cosi Titan Pro
Dengan reka bentuk headrest Maxi-Cosi Titan Pro GrowSafe dan sesuai untuk kanak-kanak kira-kira. 9 bulan hingga 12 tahun. Mempunyai 5-point safety harness dan 3-point car seat belt untuk mengikat kanak-kanak. Malah ia mempunyai safety technologies G-CELL dan and AirProtect yang  membuatkannya selamat sepanjang jalan.

Favourite Ayue tentu lah Titan Pro. Sesuai dengan umur Qaayed. Qaayed pun dah pernah cuba Titan Pro ni masa baby expo hari tu dan memang nampak dia selesa duduk dalam tu. Anda yang nak beli car seat tu, jangan lupa fahamkan dulu panduan car seat tu ye. Yang paling penting, car seat tu kena memenuhi segala piawaian yang ditentukan oleh kerajaan Malaysia ok?




xoxo,

post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.