TEMA DAN TREND WARNA 2020 / 2021

21 February 2020

Assalamualaikum. Allahuakbar, lambarnya Ayue update Tema dan Trend warna 2020/2021 ni. Hampir-hampir terlupa sebenarnya. Ni pun teringat bila kaka ipar message tanya tentang baju raya. Hehe. Tapi jangan risau, Ayue tetap akan update sebab Ayue tau blog Ayue ni menjadi rujukan bakal pengantin untuk mencari warna tema sejak 7 tahun lepas. Alhamdulillah. Untuk anda yang masih tidak tahu, tema warna tahun 2020 ni adalah Classic Blue. Kebetulan kami sekeluarga pun memang dah beli siap-siap warna classic blue ni dari tahun lepas lagi. Cantik sedondon lah raya kami tahun ni. Hehe.

Update : Ayue dah update TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022 pula. Jemput baca ye. 



Kalau diikutkan, Ayue sebenarnya banyak dah baju warna biru gelap macam ni. Tapi tak tahu kenapa, bila diberi pilihan warna, Ayue memang suka warna-warna elegan macam classic blue ni berbanding warna neutral. Lagi-lagi warna classic blue ni, menyerlah elegan nya. Nampak ada class jika kena gayanya.



Okey, macam tahun-tahun sebelum ni, Ayue memang suka update color of the year untuk rujukan B2B (Bride to be) di luar sana. Yela, senang nak cari tema warna untuk perkahwinan anda kan. Biasanya kalau warna classic blue ni, warna yang sepadan dengan dia adalah tona kelabu, silver, hitam dan putih supaya wedding nampak elegan dan classy. Untuk wedding yang lebih modern, mungkin boleh gabungkan dengan warna hijau daun, coklat, dan putih.

Baca : Tema dan Trend Warna 2019/2020

Tema warna perkahwinan 2020

Classic Blue






Aduh, cantik betul kan? Berkenan sungguh lah Ayue dengan warna classic blue ni. Kalau buat pelamin dengan kad kahwin classic blue pun cun juga ni.






Macam mana? Cantik tak? Tak suka wedding satu warna je? Takpa, Pantone siap senaraikan lagi color apa yang sesuai dengan Top 11 color 2020 ni.


1) PANTONE 18-1662 Flame Scarlet



2) PANTONE 14-1064 Saffron



3) PANTONE 15-5718 Biscay Green



4) PANTONE 17-4021 Faded Denim



5) PANTONE 16-1359 Orange Peel



6) PANTONE 18-4528 Mosaic Blue



7) PANTONE 13-0822 Sunlight



8) PANTONE 14-1318 Coral Pink



9) PANTONE 18-1345 Cinnamon Stick




10) PANTONE 18-3513 Grape Compote




11) PANTONE 19-0323 Chive



Haa, rambang mata terus kan? Hehe. Takpa, Perlahan-lahan pilih ok? Bersanding sekali je, kena lah rancang betul-betul supaya tak menyesal kemudian hari. 

Have fun choosing your best colour ladies~

Info and picture credit to Pantone



xoxo,


post signature

Join the conversation!

  1. waalaikumussalam. cantik lah hijau last tu. nak cari lah untuk baju raya. hehe

    ReplyDelete
  2. rambang jugak mata bila tengok semua warna cantik-cantik ni.. hehe

    ReplyDelete
  3. Semua cantik2. tapi saya nak cari warna2 paster sbb kulit pun xla cerah sgt

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.