Edible Garden | Tips untuk beginner nak mula tanam sayur dekat rumah

15 April 2020

Assalamualaikum. Time PKP Covid-19 ni ramai betul mula hobi baru kan. Ada yang memasak, cuba macam-macam resepi baru. Ada yang menjahit. Macam Ayue, hobi baru, berkebun! Eh, seronok rupanya berkebun ni. Rasa rugi pula sebab mula lambat. Tapi better late than never kan. So Ayue pun join lah beberapa group dekat facebook untuk gali ilmu tentang gardening. 


Nak berkebun ni kena ada ilmu. Tak bole nak hentam tanam je sebab tak semua pokok sama jagaan dia. Lain pokok lain perhatian yang diperlukan. Memang lah ada yang jenis campak je benih, esok lusa naik la pokok gitu. Tapi rugi lah kalau tak guna kan bakat yang ada tu untuk maksimum kan pertumbuhan sayur tu kan. Kalau ada ilmu, insyaAllah makin gemuk gebu sayur nya nanti.


Tanam atas tanah

Untuk anda yang ada tanah di laman rumah, sebelum mula tanam sayuran atau apa-apa saja tanaman, better kita readykan dulu tanah tu supaya nanti bila letak anak pokok, pokok dapat membesar dengan jayanya. Macam mana nak bagi tanah ready? Haa, kena buat macam ni.
    1. Cabut semua rumput sampai ke akar umbi supaya rumput lambat tumbuh balik
    2. Gemburkan tanah
    3. Tabur baja tahi ayam dan perap selama 2 minggu
    4. Seminggu sekali boleh letak racun siput atau cuka kayu

* Untuk tanah berpasir, boleh gembur tanah dan campurkan dengan cocopeat untuk pasti kan tanah lembab tak mudah kering.

Baja Tahi Ayam : https://shp.ee/cg5kkb9

Racun Siput : https://shp.ee/qj5qyex


Tujuan letak baja tahi ayam adalah untuk suburkan tanah kita tu. Tujuan perap selama 2 minggu pula adalah sebab baja tahi ayam ni panas. Kalau kena pada sayuran hijau macam sawi apa semua tu, sayuran mudah mati kepanasan. Boleh juga topup vege soil atau planting soil semasa nak tanam anak pokok tu. Maksudnya lepas gembur tanah, letak baja dan cocopeat, masa nak tanam anak pokok tu, korek lubang dulu dan timbus dengan vege soil. Faham tak? Hehe. Ayue beli dekat shopee je semua tanah, benih dan baja  sebab senang. (Ayue sertakan sekali link shopee untuk rujukan anda shopping). Masa PKP ni mana boleh keluar rumah kan. Gunakan kemudahan yang ada.


Raised Bed (Tanah dikepung dengan kayu atau batu)

Batas



Tanam dalam pasu

OK, untuk tanaman pasu pula, sangat mudah sebenarnya sebab tak perlu nak prepare tanah ke apa. Beli saja pasu dan tanah yang Ayue share tu dan semai benih. Bila benih dah bercambah sehingga daun ada 4-6 helai, baru alihkan ke pasu. Jangan semai rapat-rapat pula, nanti susah nak asingkan. Berebut-rebut pula anak pokok tu nanti nak dapatkan nutrisi.




Ayue lebih suka semai benih di dalam seeding tray sebab mudah nak alihkan ke planting pot/tanah nanti. Satu lubang satu benih. Mudah untuk Ayue jejak benih mana yang tak bercambah. Maklum lah, semai 10 benih, kadang-kadang tak semuanya naik kan. Bergantung pada benih juga. Nak semai benih pula better guna PEATMOSS sebab peatmoss ni kaya dengan nutrisi yang diperlukan benih untuk bercambah dengan jaya nya. Texture dia ringan dan tak mampat. Jangan keliru pula antara cocopeat dengan peatmoss tau. 

Cocopeat : https://shp.ee/tect3jx

Peatmoss : https://shp.ee/2qryk9x



Tanah pula ada macam-macam jenis kan. Haha. Pening ke tak ni? Ada tanah nursery, tanah hitam, tanah kedai eco. Hahaha. Ayue pun pening juga mula-mula, tapi lama-lama faham dah. Yang penting, tanah eco RM2, tak semua sayur sesuai guna tanah tu. Pokok-pokok besar dan sayuran yang jenis tak manja, boleh je guna tanah eco RM2 tu. Macam bayam brazil. Sayur paling mudah ditanam. Tapi kalau ada tanah vege atau planting soil 10 in 1, 8+2 tu lagi bagus sebab dia mengandungi kompos yang berfungsi untuk pastikan tumbuhan yang kita tanam tu sihat dan hasil tanaman meningkat 50%.

YASA-I Vege Soil : https://shp.ee/7h536nx

Super 10 (Premium 8+2) Planting Soil : https://shp.ee/22nap59

BLS 10 in 1 Planting Soil : https://shp.ee/x42f5mx


Ok lah, macam dah panjang pula entry ni. Next entry Ayue share cara tanam benih sayur yang kerap kita makan macam sawi, kangkung, bayam, terung, cili, tomato, eh banyak lagi lah. Lain-lain benih lain cara semai dia tau. Nanti Ayue share ok?


List seller tanah dan baja di Shopee:



PS: Ayue sendiri newbies dalam gardening ni. Ni semua nota-nota yang Ayue dapat dari sharing otai-otai dekat FB dan whatsapp. Mohon betulkan kalau ada yang salah ye :)



xoxo,


post signature

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.