Bring Back Memories bersama Kedai Ayamas
Assalamualaikum. Kedai Ayamas ni memang dekat betul dengan rumah Ayue. Tiap kali nak ke kedai mesti akan lalu sini. Tiap kali tu juga lah mesti Ayue teringat memori dengan arwah ayah Ayue masa kecil dulu. Masa tu Ayue baru masuk darjah satu, ayah selalu belikan ayam panggang dari Kedai Ayamas ni masa nak teman Ayue waktu rehat sbb ayah tahu Ayue memang suka sangat ayam panggang. Pejam celik dah 30 tahun rupanya ya Kedai Ayamas ni? Masih gagah bertahan sampai sekarang ni. Sampai Ayue dah ada anak seorang ni pun, Ayue masih lagi suka Ayamas Roasters especially yang Golden tu.
Bila sebut-sebut pasal ayam panggang ni, kebetulan hari tu Ayue memang teringin sangat nak makan ayam panggang dekat kedai Ayamas ni. Terus zass ke kedai depan rumah Ayue tu cari ayam yang diinginkan. Kedai ni walaupun nampak lama, tapi menu-menu yang ada dalam Kedai Ayamas ni up-to-date tau. Pelbagai menu baru yang disediakan.
Nampak bersih sangat kan. Haa ini sebab Kedai Ayamas menekankan 3 aspek utama iaitu 3H (Healthy, Hygenic and Halal) di kesemua 61 rangkaian Kedai Ayamas di seluruh Malaysia. Konsep kedai Ayamas terdiri daripada 3 jenis iaitu:
- Kedai - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
- Kios - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih focus pada bawa pulang.
- Restoran - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan di restoran.
Menu utama Kedai Ayamas ni adalah 3 jenis ayam panggang iaitu Golden, Pepper dan Percik. Ayam panggang dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi. Masing-masing mempunyai rasa dan peminatnya yang tersendiri. Macam Ayue suka yang Golden tu kan? Keluarga mertua Ayue pula suka yang percik. Tapi ketiga-tiga jenis ayam panggang ni anda kena cuba makan dengan “100% Fresh Chili Sauce” dari ayamas tau sebab rasanya akan lagi umphh!.
Menu Utama Kedai Ayamas
Ayam Panggang - Golden
Golden- rasa asli ayam panggang dengan rasa manis madu |
Ayam Panggan - Percik
Percik- Dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan menjadi kegemaran masa kerana rasa aromatiknya yang unik. |
Ayam Panggang - Pepper
Pepper- diperap dengan lada hitam terbaik dan segar untuk memberikan rasa pedas-pedas yang menyengat |
Bukan ayam panggang saja tau, di Kedai Ayamas ni ada juga menjual pelbagai lagi menu pelbagai aneka pasta seperti spaghetti bolognaise, carbonara dan oglio olio, menu untuk kanak-kanak (kids meal), snackers, ayam mentah, produk sejuk beku seperti sausage, nugget dan burger, dan lain lain produk yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga.
Selain ayam panggang, antara favourite Ayue juga adalah spaghetti carbonara ni. Aduh, sedap betul lah. Lemak berkrim. Kena sangat rasa ayam tu dengan carbonara ni. Tak cepat muak pula tu.
Spaghettin Carbonara |
Untuk Qaayed pula, memang Ayue akan belikan Nasi Ayam Ayamas ni je sebab Qaayed suka betul nasi ayam. Satu set ni dia boleh habiskan seorang. Ayue pula suka beli set Nasi Ayam ni sebab dia lengkap dengan muffin dan air. Harga berpatutan pula tu. Tak payah fikir benda lain dah.
Nasi Ayam Ayamas |
Nasi Ayam Ayamas |
Kadang-kadang kalau Qaayed tak berapa lapar, ada juga Ayue beli kan kids meal saja seperti Lima Beefball ni dan snackers seperti Sardin Roll, Curry Puff, Chicken Pie. Semua menu-menu simple ni sesuai untuk kanak-kanak. Walaupun nama dia snackers, tapi menu-menu macam ni pada Ayue adalah sihat berbanding junk food.
Lima Beefball |
Snackers Ayamas |
Oh ya, tiap kali singgah beli ayam panggang, Ayue akan beli produk sejuk mereka sekali terutamanya ayam drumet. Ayam drumet Ayamas ni memang wajib ada dalam fridge Ayue. Macam-macam menu Ayue dah buat dengan ayam drumet ni tau. Favourite suami dan juga Qaayed.
Untuk anda yang nak cuba menu di Kedai Ayamas ni, anda boleh cuba dengan set promosi sepanjang hari seperti “Set Jimat” yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja. Malah ada juga “15th and 30th offer” yang menawarkan diskaun pada harga Ayam Panggang serta promosi “Thursday special”.
Kalau anda rasa musim Covid-19 ni anda risau nak keluar rumah. Takpa! Sebab Kedai Ayamas sekarang ni dah ada delivery service lah. Anda boleh order melalui Grab Food dan Food Panda dari kawasan berdekatan. Mudah bukan?
Website : www.kedaiayamas.my
Facebook : www.facebook.com/AyamasRoasters
Instagram : www.instagram.com/kedai_ayamas
Youtube : Kedai Ayamas Roasters
xoxo,
Join the conversation!