Assalamualaikum. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun energy nya memang sangat banyak. Lagi-lagi apabila mereka berada pada fasa toddler. Boleh darah tinggi juga ibu bapa nak melayan kerenah mereka yang banyak akal tu kan? Kanak-kanak secara naturalnya akan suka mula melompat masa umur mereka 2 tahun. Bermula dengan jengket sedikit hingga mereka pandai melompat keseluruhan badan dengan mengangkat kaki. Qaayed pula mula menunjuk minat yang sangat ketara untuk melompat masa dia 2.5 tahun. Jadi setelah buat sedikit research, Ayue decide untuk belikan Qaayed Trampoline untuk kanak-kanak sempena birthday dia bulan September hari tu.
Kenapa Trampoline?
Sebab Trampoline ni rupanya mempunyai pelbagai kebaikan untuk kanak-kanak yang Ayue sendiri pun tidak tahu. Yela, being a typical mom, bila anak melompat je terus fikir, alah biasa lah tu. Lompat lah sesuka hati. Tapi bila dah mula nak melompat atas sofa, atas katil, mula lah Ayue halang sebab takut dia jatuh nanti terpatah kaki tangan pula.
Tahu kah anda yang melompat ni merupakan salah satu milestones yang perlu dicapai oleh kanak-kanak? Kemahiran melompat merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai oleh kanak-kanak. Malah melompat juga merupakan salah satu dari beratus aktiviti vestibular yang sangat bagus. Melompat bukan hanya bounce tanpa mengangkat kaki ye, tapi melompat dengan kaki yang terangkat dari lantai. Kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran melompat, biasanya akan turut berisiko mempunyai kelewatan dalam perkembangan lain termasuk kemahiran motor halus dan kemahiran berkomunikasi.
Lompat atas lantai pun boleh juga? Persoalan ini lah yang sering berlegar dalam fikiran Ayue sebelum Ayue beli trampoline untuk Qaayed. Lompat je lah atas lantai tu. Kenapa nak kena beli trampoline pula. Haa, untuk pengetahuan anda, selain dari dapat menguatkan core muscle anak, melompat di atas trampoline juga dapat stimulasi Sensori Vestibular & Proprioception.
Apa itu Sensori Vestibular & Proprioception
Bila anak anda melompat di atas trampoline, daya lonjakan dari trampoline akan memberi pressure pada bahagian sendi-sendi utama kaki dan tulang belakang semasa mereka ‘mendarat’ di atas trampoline. Ini adalah stimulasi proprioception.Dan apabila anak anda melonjak, daya tujahan yang diberikan oleh keanjalan trampoline akan menyebabkan anak-anak melompat lebih tinggi dan perlu mengawal keseimbangan tubuh dari terjatuh. Ini adalah stimulasi vestibular.
Nampak perbezaan melompat di atas trampoline dengan hanya melompat di atas lantai? Jadi lepas survey di Lazada dan Shopee, Ayue decide untuk beli Trampoline untuk kanak-kanak ni dengan satu local seller di Shopee. Sangat murah berbanding seller yang lain dan menepati ciri-ciri yang Ayue nak.
Trampoline untuk Kanak-Kanak
Jika anda ingin beli trampoline untuk anak anda, Ayue nasihatkan beli yang betul-betul untuk kanak-kanak sebab trampoline biasa untuk orang dewasa tu kurang ciri-ciri safety yang diperlukan oleh kanak-kanak semasa melompat. Budak-budak ni bila dah melompat kadang-kadang tak ingat dunia, berpusing sana sini. Risau terjatuh dari trampoline pula.
Pada Ayue. trampoline untuk kanak-kanak sepatutnya mempunyai ciri-ciri berikut sebagai keselamatan:
- Netting di sekeliling trampoline bagi mengelakkan anak jatuh.
- Mempunyai foam padded pole pada penghadang besi di sekeliling trampoline.
- Menggunakan high elasticity support robes berbanding spring besi untuk mengelakkan kecederaan seperti kaki tersepit.
- Mempunyai ketinggian yang cukup untuk menghalang anak melompat terkeluar dari trampoline
Jika ada ciri-ciri keselamatan yang lain lagi bagus.
Review Kids Mini Trampoline With Enclosure Net Pad (Shopee)
Trampoline yang Ayue beli ni mempunyai ciri-ciri yang Ayue cari dan Ayue sangat recommend untuk parents yang ingin membeli trampoline untuk anak-anak membeli trampoline jenis ini. Tinggi dan lebar. Memang Qaayed puas sangat main dalam trampoline ni. Bila tengok cara Qaayed bermain dan melompat di trampoline ni, baru lah Ayue tahu keputusan Ayue untuk membeli trampoline untuk kanak-kanak ni adalah pilihan yang tepat.
Tengok lah cara Qaayed main tu. Melompat sana sini dan banyak kali hampir terjatuh. Nasib baik ada netting. Da nasib baik juga trampoline ni guna elastic robes, bukan spring besi. Kalau tak mau sakit juga kaki dia tu.
Untuk anda yang mempunyai anak yang hyperactive, anda boleh cuba bagi anak anda melompat di atas trampoline ni sepuas-puasnya. Ia adalah teknik yang digunakan oleh terapis untuk mengurangkan keinginan dan tenaga bagi anak-anak yang sentiasa ingin berlari, dan memanjat ke sana ke mari.
Keburukan trampoline ni pula pada Ayue hanya satu. Dia besar dan bulky. Anda kena ada space yang besar untuk letak trampoline ni sebab once dah pasang, tak boleh tutup dah. Hehe. Jadi sebelum anda beli, make sure anda ada space untuk letak trampoline ni ye. Size nya adalah 140cm x 140cm x 160cm.
Anda boleh survey dan beli trampoline yang Ayue beli ni di Shopee:
Klik untuk BELI
xoxo,
Bgs la details kak yue cerita, point plg penting nk bg husband tgk ciri2 keselamatan tu haaa since dia kata baik beli tilam tadi hahaha sbb risau trampoline ni bahaya
ReplyDelete