Cara Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah (Step by Step)

04 December 2020


Cara Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah (Step by Step)

Assalamualaikum. Artikel kali ini khas Ayue tulis untuk golongan isteri dan suri rumah yang ingin menambahkan pendapatan sampingan menolong keluarga hanya dari rumah! Musim COVID-19 ni kita kena usaha lebih untuk kelansungan hidup ye tak? Untuk anda yang berminat untuk mulakan perniagaan bakeri dari rumah, jom teruskan pembacaan sebab Ayue nak share benda best untuk anda ni. Siapa tak suka buat kerja dari rumah kan? Lagi-lagi kalau kerja yang kita minat iaitu bakeri. 

InsyaAllah boleh jana pendapatan sampingan sehingga RM3000 hingga RM4000 sebulan!!


Apa perasaan anda jika anda mampu jana pendapatan secara sampingan hanya dari rumah? Mesti seronok kan? Happy sangat sebab dapat bantu kewangan keluarga anda. Ayue tak nafikan yang kos sara hidup sekarang tersangatlah tinggi. Setakat RM50 tu nilai nya terlalu kecil macam air je kalau beli barang kat kedai tu. Punya lah tinggi kos sara hidup. Lagi-lagi kalau anda tinggal di kawasan bandar. Stress dibuatnya.


Lagi pula kalau anda hanya mengharapkan pendapatan suami seorang saja yang menampung kos kehidupan sekeluarga, lagi lah sukar melalui hari-hari mendatang. Silap hari bulan boleh gaduh suami isteri sebab masalah kewangan. Kalau anak ramai pula, Allahuakbar. Harga susu, lampin, yuran tadika/taska, makan minum belanja sekolah, semuanya mahal sekarang ni. Setiap tahun makin naik!

Jadi nak tak nak kita kena lah sama-sama bantu suami untuk ikhtiar menambahkan pendapatan keluarga kan?

Anda rasa anda pemalu? Tidak pandai menjual? Macam mana nak uruskan anak-anak dirumah lagi? 


Haa, memang ada banyak cara dan peluang untuk kita tambah pendapatan keluarga. Tapi kebanyakkan cara tersebut memerlukan kita untuk keluar dari rumah dan pergi menjual. Sudahlah kita ni jenis pemalu orangnya. Seumur hidup tak pernah menjual barang. Kini disuruh pula pergi cari orang dan menjual barang. Memang mengerikan! Jadi peluang macam mana yang boleh atasi masalah anda di atas tadi? 

Inilah dilema yang sering terjadi kepada golongan ibu serta suri rumah yang mahu menjana pendapatan sampingan untuk keluarga. Kita mahu membuat bisnes atau kerja part time, tetapi, dalam masa yang sama, kita agak sukar untuk keluar dari rumah sebab perlu menguruskan anak-anak dan rumahtangga di rumah.

Jawapannya, membuat bisnes bakeri secara sambilan dari rumah adalah merupakan salah satu cara yang terbaik. 

Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?


Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah. Antaranya:

Kos Pemulaan Yang Kecil

Memandangkan kita memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi, kita tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek, mesin juruwang, peti ais besar dan sebagainya.

Kita juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kaunter sepanjang masa.

Kita boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada di rumah.

Tidak Perlu Terlalu Menjual

Untuk menjual produk bakeri , kita tidak perlu bersusah-payah menerangkan tentang produk kita sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan oleh penjual produk-produk MLM. Cukup sekadar kita menunjukkan gambar dan harga. Jika pelanggan suka, mereka akan order.

Hanya Buat Berdasarkan Tempahan

Ini adalah kelebihan besar bisnes bakeri dari rumah. Kita hanya perlu membuat kuih / kek / roti hanya selepas kita mendapat tempahan sahaja. Jadi, tiada risiko kuih/kek/roti kita tidak habis dijual sepertimana yang sering berlaku di kedai-kedai bakeri yang terpaksa membuang kuih serta roti-roti mereka yang tidak habis dijual.

Urusan Rumahtangga Masih Terjaga

Ya! Memandangkan kita hanya membuat kuih di dalam rumah, maka, kita masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak kita. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diteruskan seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami yang mungkin risau andainya kita terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga

Permintaan Produk Home-Made Bakeri Sangat Tinggi


Cupcake, Muffin, Cheese Tart, Coklat Homemade, Kek Coklat, Kek Lapis, Kek Cheese, Fruit Tart, Roti Jala, Kuih-muih dan pelbagai lagi produk bakeri sentiasa dicari-cari oleh orang ramai setiap hari.

Tidak kira sama ada untuk dimakan ketika minum petang, ataupun untuk majlis-majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis pertunangan, perkahwinan, kenduri, majlis tahlil, rumah terbuka mahupun untuk majlis-majlis korporat seperti seminar, mesyuarat ataupun hari keluarga.

Boleh dikatakan, hampir setiap minggu akan ada sahaja majlis yang diadakan. Lebih-lebih lagi bila masuk musim perayaan (Tahun Baru Cina / Aidilfitri) dan musim cuti sekolah (Disember). Hampir setiap hari akan ada sahaja majlis rumah terbuka atau majlis perkahwinan diadakan! Kadang-kadang memang tak cukup tangan dan terpaksa tolak beberapa order dari pelanggan.

Jadi, macam mana nak mulakan bisnes bakeri dari rumah?


Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang bermain di fikiran apabila kita mahu memulakan bisnes bakeri ini.

Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah:
  • Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart? Cup cake? Kek coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
  • Berapa nak letak harga?
  • Macam mana nak kira kos produk?
  • Apa peralatan yang diperlukan?.
  • Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?.
  • Di mana nak belajar buat kuih?
  • Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM?


Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikirankan?

Tapi jangan risau dan khuatir ok? semua jawapan bagi persoalan diatas, ada dalam panduan ebook dibawah.


Memperkenalkan Ebook Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah


Sekarang anda sudah tidak perlu pening-pening kepada lagi. Dalam ni disediakan info yang lengkap untuk membantu anda memulakan perniagaan bakeri dari rumah. Semua info serta perkara yang anda perlu tahu untuk memulakan bisnes bakeri dari rumah, ada di dalam ebook ini. 

Cara Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah (Step by Step)


Kandungan ebook Bisnes Bakeri
  • BAB 1 : FORMULA 2M+2P
  • BAB 2 : DIMANA MAHU BELAJAR BAKERI?
  • BAB 3 : 4 LANGKAH MEMBUKA BISNES BAKERI!
  • BAB 4 : SENARAI PERALATAN DAN KOS!
  • BAB 5 : CARA MENGIRA & MENETAPKAN HARGA JUALAN
  • BAB 6 : TEKNIK PROMOSI
  • BAB 7 : 5 KESILAPAN BISNES BAKERI
  • BAB 8 : 9 CABARAN BISNES BAKERI & CARA MENANGANINYA
  • BAB 9 : BAGAIMANA MENJANA RM2,000 SEBULAN
  • BAB 10 : 10 TIPS EXTRA BISNES BAKERI
Bukan ini saja, ada bonus tau!
  • BONUS #1 : 5 BAHAN ASAS BAKERI WAJIB TAHU
  • BONUS #2 : 10 RESEPI PRODUK BAKERI TERLARIS!
  • BONUS #3 : ROTI OH ROTI

HARGA CUMA RM30!!

Klik Gambar Dibawah Untuk Membuat Tempahan Ebook Ini Sekarang!

Cara Mula Bisnes Bakeri Dari Rumah (Step by Step)
xoxo,

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.