Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D | Kebaikan dan Cara Guna

14 December 2020

Assalamualaikum. Ayue tahu anda mesti tercari-cari kebaikan dan kelebihan Mary Kay Timewise Miracle 3D set ni kan? Ok takpa, jom Ayue share dengan anda apa kebaikan dan kelebihan Timewise 3D ni dan step-by-step cara menggunakannya. Tapi sebelum tu, Ayue nak tanya. Anda tahu tak yang proses penuaan kulit wajah kita ni bermula seawal umur 25 tahun lagi? Haa, terkejut tak? Sebab tu lah Ayue nak share dengan anda tentang set anti-aging Mary Kay Timewise 3D ni sebab ia merupakan set yang boleh membanteras penyebab terjadinya penuaan pramatang.  Maksudnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya! Adoi, seram pula bunyi nya kan?

Update : Ayue ada tulis artikel tentang skin journey Ayue lepas 5 bulan guna Timewise 3D ni. Boleh baca sini ok. Ada gambar dari sebelum Ayue guna sampai sekarang. Baca Skin journey guna Timewise Age Minimize 3D Mary Kay selama 5 bulan 

Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D | Kebaikan dan Cara Guna

Macam mana Mary Kay Timewise Miracle Set 3D membantu mengurangkan penuaan kulit?
Mary Kay Timewise Miracle Set 3D membantu mengurangkan penuaan kulit dengan 3 cara iaitu DEFENDS (Mempertahankan), DELAYS (Melambatkan), dan DELIVERS (Menyampaikan). Ayue terangkan satu per satu di bawah ok:

DEFENDS (Mempertahankan)
Mengandungi antioksidan untuk menentang radikal bebas yang mempercepatkan penuaan pada kulit.

DELAYS (Melambatkan)
Dengan perlindungan UVA/UVB dan teknologi yang ekslusif ia mampu melambatkan proses penuaan pada kulit.

DELIVERS (Menyampaikan)
Mampu mengurangkan (menyampaikan peningkatan) tanda-tanda penuaan kulit yang ketara dalam masa 4 minggu.


Menariknya Timewise Miracle Set 3D ni, dalam setiap jenis produknya mempunyai 3 bahan yang hebat iaitu Encapsulated Resveratrol, Vitamin B3 dan Peptida Anti Penuaan.

  • Encapsulated Resveratrol : Membekalkan 3x ganda manfaat antioksidan, menjadikan warna kulit lebih sekata dan membantu menghasilkan kolagen kulit secara semulajadi.
  • Vitamin B3 : Terkenal dengan kuasa pencerahan dan berfungsi sebagai antioksidan.
  • Peptida Anti Penuaan : Menyokong kolagen dan menganjalkan kulit untuk kelihatan lebih muda dan anjal.

Best kan?! Timewise Miracle Set 3D ni bukan saja mampu menganjalkan kulit anda supaya kelihatan lebih muda, malah mampu memcerahkan dan buat kulit anda glowing juga. Wah, banyak betul manfaatnya! Suka tak? Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D ini sesuai untuk mereka yang berkulit normal/dry dan combination/oily/sensitive.



💗 MARY KAY TIMEWISE MIRACLE SET 3D 💗


Ok dah jom Ayue terangkan satu per satu produk yang ada dalam Timewise Miracle Set 3D ni.

Timewise® Age Minimize 3D™ 4-in-1 Cleanser (127g) | Harga RM115



Cleanser ini berfungsi untuk exfoliate sel-sel kulit mati pada muka dengan lembut tanpa membuat kulit muka menjadi kasar selepas membersih. Ia tidak menghasilkan buih yang banyak seperti cleanser lain tau sebab untuk pengetahuan anda, cleanser yang banyak buih tu akan membuatkan kulit anda cepat kering. Malah cleanser ini juga boleh dijadikan sebagai makeup remover, cleanser, exfoliate dan moisturizer.

Kelebihan Timewise® Age Minimize 3D™ 4-in-1 Cleanser
  1. Menghilangkan kotoran pada kulit
  2. Menjadikan kulit lebih bersih
  3. Membuang sel-sel kulit mati
  4. Mencerahkan kulit

Timewise® Age Minimize 3D™ Moisture Renewing Softener (147ml) | Harga RM93



Moisturiser ini berfungsi untuk melembut, melembap dan menjadikan kulit menyerap skincare seterusnya dengan lebih baik dan berkesan. Titiskan softener ini pada kapas muka dan kemudian buat sapuan dari arah leher menghala ke atas muka bagi kesan lebih hidrasi pada kulit.


Timewise® Age Minimize 3D™ Day Cream SPF 30 (48g) | Harga RM139



Day Cream ini berfungsi untuk melambatkan tanda-tanda penuaan kulit dan menyediakan perlindungan spektrum UVA/UVB. Anda tahu tak yang UVA/UVB dari sinaran matahari ini lah menyebab terjadinya penuaan kulit pramatang pada kulit anda? Haa, Day Cream ni juga berfungsi untuk memulihkan kerosakan pada kulit secara semulajadi serta membantu mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada kulit.


Timewise® Age Minimize 3D™ Night Cream (48g) | Harga RM139



Night cream ini berfungsi untuk :
  1. Membina sel-sel kulit baharu
  2. Memulihkan kerosakan pada kulit secara semulajadi
  3. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  4. Menjadikan kulit lebih anjal
  5. Meningkatkan daya kekuatan kulit

Timewise® Age Minimize 3D™ Eye Cream (4g) | Harga RM135



Eye cream ini berfungsi untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan di bahagian mata seperti lingkaran hitam, bengkak bawah mata, kedutan dan garis-garis halus. Ia dapat melembapkan kawasan mata sehingga 12 jam pada kulit untuk kelihatan lebih muda dan sihat berseri. Hasil daripada penggunaan secara konsisten sebanyak 2 kali sehari, anda boleh lihat kesan perubahan pada kulit anda dalam masa 12 minggu untuk kelihatan lebih muda dan berseri. Anda hanya perlu letak beberapa dot eye cream pada keliling mata dan sapu dengan urutan membulat.


💗 CARA MENGGUNAKAN TIMEWISE MIRACLE SET 3D ðŸ’—


Cara pakai Timewise Miracle Set 3D ni mudah saja. Ikut saja step by step yang Ayue senaraikan di bawah, pasti kulit anda akan nampak kesan nya.

PAGI
Step 1 : Cleanser
Step 2 : Softener
Step 3 : Day Cream SPF 30
Step 4 : Eye Cream

MALAM
Step 1 : Cleanser
Step 2 : Softener
Step 3 : Night Cream
Step 4 : Eye Cream

Nak cuba Mary Kay® Timewise Miracle Set 3D ni? Jangan risau, Ayue takkan paksa anda beli. Ayue cuma nak tahu je condition kulit anda. Kalau anda perlu bantuan Ayue, DM je ok? Ayue akan consult anda sampai anda faham tentang masalah kulit anda dan bantuan macam mana yang anda perlukan. Ayue siap bagi FREE skin analysis untuk anda tau. Anda akan nampak apa sebenarnya masalah kulit yang anda hadapi. Cepat-cepat DM ok? 


Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.