Terdapat dua kategori ahli yang boleh memohon pengeluaran ini.
Kategori 1: Ahli yang tidak mencarum sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut semasa permohonan dibuat, ataupun mereka yang mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% ke atas sejak tarikh 1 Mac 2020.
Kategori 2: Ahli KWSP yang masih berkerja dan pencarum. Mereka mengalami pengurangan pendapatan sebanyak 30% dan ke atas sejak 1 Mac 2020.
Permohonan i-Sinar KWSP
Permohonan i sinar boleh dilakukan secara online dengan melayari pautan ini https://isinar.kwsp.gov.my/ mulai 21 Disember 2020.Semakan i Sinar KWSP Secara Online
Semakan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021 untuk mengetahui sama ada permohonan anda diluluskan ataupun sebaliknya. Keputusan permohonan boleh disemak di https://isinar.kwsp.gov.my/Syarat dan Kriteria Permohonan i-Sinar
Kriteria kelayakan permohonan i-Sinar:Kriteria mengikut Kategori:
Kategori 1
Berkerja di sektor formal,kerja sendiri, kerja sektor ekonomi gig,telah lama tidak mencarum,hilang pekerjaan, suri rumah, atau yang diberi notis cuti tanpa gaji.Kriteria Kategori 1
- Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya 2 bulan berturut-turut; ATAU
- Ahli yang masih kerja, tetapi gaji pokok dikurangkan sehingga 30% dan ke atas selepas 1 Mac 2020
Bagi permohonan kategori ini;
- Tiada dokumen sokongan yang diperlukan.
- Kelulusan secara automatik.
- Hanya perlu mohon online bermula 21 Disember 2020 di laman isinar.kwsp.gov.my
- Pembayaran pertama akan diterima pada pertengahan Januari 2021.
Kategori 2
Masih berkerja tapi pendapatan berkurang sebanyak 30% dan ke atas (pengurangan gaji dan elaun,atau potongan tuntutan kerja lebih masa) selepas tarikh 1 Mac 2020.
Kriteria Kategori 2
- Bukti slip gaji sebelum dan selepas pengurangan diperlukan.
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan / atau overtime (OT).3. Jika tiada dokumen ini, dokumen lain boleh dikemukakan sebagai contoh penyata Bank ataupun surat pengesahan majikan.
- Permohonan dibuka bermula 11 Januari 2021.
Berapa jumlah pengeluaran daripada i-Sinar KWSP?
Sehingga RM60,000 (mengikut kategori dan syarat ditetapkan)Bila tarikh permohonan dan semakan status?
Tarikh permohonan dibuka mengikut kategori.Kategori 1: 21 Disember 2020
Kategori 2: 11 Januari 2021
Bila tarikh semakan keputusan i-Sinar?
4 Januari 2021Apa itu i-Sinar?
Pengeluaran dari akaun 1 KWSP dengan tujuan untuk membantu anda bertahan ketika krisis COVID-19.Bagaimana cara untuk daftar dan mohon i Sinar?
Ikuti langkah step by step cara memohon dan daftar i-Sinar di blog Miracikcit.
Join the conversation!