Resepi yang campur ikan kembung ni mertua Ayue yang buat sebenarnya sebab kami sekeluarga memang suka makan kerabu. Jadi resepi kerabu tu suka buat pelbagai supaya tak jemu. Lagi pun nak buat kerabu ni guna sayur-sayur kampung yang fresh. Itu yang buat dia jadi sedap tu. Macam bayam brazil ni pula, kami memang tanam di rumah. Nak makan petik saja. Puas hati dalam makan banyak-banyak. Rangup pula tu!
Ok lah, jom Ayue share resepi kerabu bayam brazil campur ikan kembung ni ye. Ayue tak tulis berapa sukatan nya tau sebab kerabu ni dia masam-masam pedas, manis sikit. Sukatan limau yang guna tu bergantung pada biji limau anda. Kadang ada yang kecil, ada yang besar. Yang besar pula kadang-kadang banyak air nya, kadang sikit betul tak? Jadi anda kena rasa sendiri tahap masamnya tu. Kira sedap di tekak lah. Ayue cuma share bahan-bahannya saja ye?
Bahan-bahan Resepi Kerabu Bayam Brazil Campur Ikan Kembung
- Bayam brazil
- Ikan kembung
- Bawang holland
- Tomato
- Lemon
- Cili padi
- Gula Garam
Cara buat Kerabu Bayam Brazil Campur Ikan Kembung
- Cuci bersih bayam brazil
- Hiris bawang holland, tomato dan cili padi
- Rebus ikan kembung, ambil isi nya
- Perah lemon
- Perasakan dengan garam dan gula
- Gaul sekata
Siap! Mudah sangat kan? Boleh tengok video di bawah untuk cara step-by-step. Biarnya kami buat kerabu bila dah tak tau nak masak sayur apa hari tu. Hehe. Jadi nya buat kerabu saja. Sap sap soi siap! Kalau anda tak suka ikan kembung, boleh saja ganti kan dengan seafood lain. Terpulang. Sedap juga jadinya nanti.
Selamat mencuba~
Artikel resepi lain:
Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.
Join the conversation!