TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022

01 December 2020

Assalamualaikum. Bila dah nak dekat hujung tahun ni, mula lah Ayue dapat beberapa email bertanya kan tentang warna tema untuk tahun 2021. Ramai rupanya bakal pengantin yang jadikan blog Ayue ni sebagai rujukan untuk warna tema perkahwinan mereka ya? Alhamdulillah. Ayue faham sebab masa Ayue kahwin dulu pun warna tema adalah benda first sekali yang Ayue nak confirm kan. Bila dah confirm warna, baru boleh decide benda-benda lain ye tak?

Anda jangan risau ok sebab tahun ni Ayue tak sesibuk tahun lepas, lambat update sampai dah masuk new year pun kan? Jadi, tahun ni awal-awal lagi Ayue nak update TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022 supaya anda semua tak pening lagi tentang warna tema untuk kenduri kahwin anda nanti. Lagipun raya tahun 2021 awal kan? Bulan May! Sekarang pun dah boleh start cari warna tema baju raya 2021 dah ni. Boleh jalan-jalan raya ke tak ke belakang cerita. Baju kena cari dulu. Haha.

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022

Tadaa! Colour of the year 2021 adalah kombinasi dua warna iaitu PANTONE 17-5104 Ultimate Gray + PANTONE 13-0647 Illuminating. Siapa sangka kan? Dalam dok kata warna Aqua, sekali grey dan illuminating. Haha! Ok seriously warna ni cantik sangat! Ayue dah terbayang dah warna tema baju raya kami nanti ni. Confirm letops! Warna kuning illuminating ni soft je warnanya, tapi sangat ceria dan mampu memeriahkan suasana. Tapi, jika anda gandingkan dengan warna grey, terus jadi classy ye. Outstanding sangat warnanya nanti.

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022 Illuminating Grey

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022 Songket Kuning

Cantik kan gabungan warna kuning kelabu ni. Lagi-lagi kalau buat songket kuning. Aduh, menyerlah betul. 

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021 / 2022

Dah dapat dah idea untuk tema warna majlis perkahwinan anda nanti? Baju raya pun dah? Ok dah, jom Ayue share TOP 10 COLOR 2021 yang disenaraikan oleh Pantone pula.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


1) PANTONE 14-1050 Marigold

Warna Marigold ni sangat fresh. Selalunya wedding sebegini akan kelihatan chick dan penuh semangat. Warna Marigold biasanya digandingkan dengan warna kehijauan dan juga kelabu.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


2) PANTONE 15-4020 Cerulean

Warna Cerulean ni seakan-akan warna serinity yang pernah menjadi warna of the year 2016. Biru lembut yang membuatkan sejuk mata memandang. Warna ni sangat cantik digandingkan dengan soft pink. Jika anda sukakan warna ini untuk menjadi warna pilihan tema pekahwinan anda, boleh lihat contoh wedding Anzalna Nasir. Wedding of the year 2016!

Baca: 

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


3) PANTONE 18-1248 Rust

Warna Rust ni sebenarnya agak jarang digunakan untuk perkahwinan di Malaysia. Mungkin sebab warna nya yang agak kusam dan sukar didapati. Tapi, jika anda pandai gayakan warna Rust ini, perkahwinan anda pastikan akan menjadi one of a kind! Warna Rust sering digandingkan bersama warna hijau untuk memberikan kesan bohemian.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


4) PANTONE 13-0647 Illuminating

Satu lagi warna yang out-standing. Warna Illuminating ini sangat ceria untuk memeriahkan perkahwinan anda. Sesuai digandingkan dengan warna kelabu.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


5) PANTONE 18-4140 French Blue

Berbeza dengan warna Cerulean tadi. Warna French Blue lebih bold dan classy. Seakan-akan warna Royal Blue.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


6) PANTONE 13-0117 Green Ash

Ayue suka sangat warna Green Ash ni! Seakan-akan warna mint pastel, which is warna yang agak popular di Malaysai. Warna pastel yang menjadi kesukaan ramai tanpa mengira umur. Betul tak? 

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


7) PANTONE 16-1529 Burnt Coral

Gabungan warna pink dan oren ni sangat sesuai digandingkan dengan warna Mint pastel tadi atau kelabu. Cantik!

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


8) PANTONE 16-5938 Mint

Warna Mint yang ini lebih bold berbanding yang tadi. Macam warna kain sekolah agama. Hehe. Tapi kalau kena dengan caranya, warna ini juga ada kecantikannya yang tersendiri tau.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


9) PANTONE 17-3628 Amethyst Orchid

Peminat purple confirm suka warna ni. Macam dusty purple sikit, tapi light. Cantik dengan keunikan nya yang tersendiri.

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


10) PANTONE 18-2043 Raspberry Sorbet

Raspberry Sorbet ni warnanya sangat bold ye. Pink bold! Pink terang. Bukan semua orang boleh pull off warna ni. Salah gaya akan nampak pelik. Tapi kalau kena gaya, tersangat lah cantik!

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022

TEMA DAN TREND WARNA 2021/2022


Cantik kan warna-warna Top 10 of the year 2021 / 2022? Yang mana satu menjadi warna pilihan anda? Dah boleh mula cari baju raya dah ni. Warna baju wedding untuk next year pun dah boleh cari siap-siap dah. Ayue doakan pasangan yang nak mendirikan rumah tangga next year dipermudahkan urusan supaya majlis perkahwinan anda meriah tanpa perlu risau tentang COVID-19. Amennn.

Suka artikel ni? Jangan lupa share tau.

Join the conversation!

  1. tentang warna ni, mg blh pening nak pilih. kadang2 dah suka warna tu, bila pakai tak naik seri kulit pulak haha..

    ReplyDelete

© AYUE IDRIS. Design by Eve.