Buat Duit Di Shopee Tanpa Produk Sendiri & Sebagai Dropship

09 July 2021

Assalamualaikum. Hai! Untuk entry kali ni, Ayue nak share dengan anda macam mana nak buat duit dengan Shopee menggunakan kaedah dropship. Bukan tu je, Ayue akan terangkan juga bagaimana cara membuat duit secara online, membuat bisnes secara online dan cara berniaga di Shopee. Jadi anda kena baca dan faham sampai habis ok?

Tapi sebelum tu, kenapa Ayue nak share dengan anda cara buat dropship dekat shopee je? Bukan Lazada, bukan juga platform yang lain. Ini kerana Shopee merupakan LUBUK untuk buat duit dan untuk membuat bisnes yang sangat efektif dan sangat ramai orang yang dah berjaya tau. Tapi tak bermaksud platform lain tu tak bagus tau, cuma kali ni Ayue nak fokus dekat Shopee saja dulu.


Jadi, kenapa Shopee?

1) Sebab dia mudah, pantas dan cepat

Contohnya, anda boleh terus upload produk anda menggunakan telefon saja. Tak perlu lagi nak on laptop ataupun pc. Anda boleh menjalankan bisnes di mana-mana saja tanpa kira waktu.

2) Jutaan pengguna

Dalam Shopee mempunyai ramai pengguna dan pembeli. Sehari berjuta transaksi yang berlaku dalam Shopee. Jadi anda sangat rugi kalau tak pasarkan produk anda di dalam Shopee. Malah, untuk pengetahuan anda, Shopee merupakan website no 4 yang paling ramai dilawati oleh rakyat Malaysia pada setiap bulan!

3) Live Chat dengan pembeli

Shopee ada menyediakan Live Chat untuk seller dan buyer chat sebelum dan selepas membeli supaya urusan pembelian jadi lagi teratur. Yela, kadang-kadang ada buyer yang nak tanya soalan dulu sebelum beli kan? Jadi feature ni sangat bagus sebenarnya.

4) Shopee menyediakan kempen promo setiap bulan

Setiap bulan Shopee sangat aktif dengan program dan promosi untuk kedua-dua penjual dan pembeli. Kedai anda akan sentiasa aktif dan meriah dengan pelbagai kempen yang Shopee sediakan. Dan setiap kali ada program, Shopee akan membuat iklan melalui TV, iklan, radio dan social media mengenai program tersebut supaya pembeli lebih tertarik untuk membeli.



Apa itu DROPSHIP?

Bahasa mudahnya, anda nak berbisnes. Nak menjual, tetapi tiada produk. Jadi anda boleh cari supplier yang membuat dropship untuk anda pasarkan produk mereka di kedai anda. Anda akan ambil gambar, ambil segala info dan pasarkannya di kedai anda.


Bagaimana nak buat dropship di Shopee?

Ok prosesnya mudha saja, apabila pembeli membuat pembelian di Shopee. Duit bayaran mereka akan dibuat melalui Shopee. Apabila anda menerima tempahan, duit itu akan disimpan dahulu di Shopee. Shopee takkan release duit itu selagi pembeli belum mendapat item yang diberli. Manakala anda pula, anda akan submit order kepada supplier menggunakan alamat pembeli menggunakan duit anda dahulu. Kemuadian supplier akan menghantar item direct kepada customer. Apabila mereka dah dapat item tersebut, mereka akan sahkan item yang dibeli betul dan dalam keadaan baik. Duit yang mereka bayar kepada Shopee akan dicreditkan ke dalam e-wallet anda.


4 langkah mudah menjadi Dropship

  1. Kajian dan memilihan produk
  2. Daftar sebagai agen yang sah
  3. Masukkan produk anda ke dalam Shopee
  4. Pasarkanya & dapatkan followers


Mudahkan? Jadi macam mana anda nak dapatkan untung 4 angka dengan berniaga di Shopee?

Haa, Ayue nak share dengan anda ebook yang sangat bagus ni. Lengkap segala persoalan anda tentang Shopee. Ebook ni akan tunjukkan cara berniaga di Shopee secara langkah demi langkah, dari mula daftar akaun di Shopee, cara nak masukkan barang hinggalah sampai kepada nak pos barang tu kepada pembeli!

Memang complete!

Antara perkara-perkara penting yang ditulis di dalam ebook ini ialah..
  1. Cara mendaftar dan set kedai anda. Sama ada menggunakan apps atau browser di komputer.
  2. Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda. Ada tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang mahu dimasukkan serta apakah bentuk dan contoh description yang terbaik yang boleh anda gunakan.
  3. Cara nak menguruskan order. Ini pun penting juga kan? Bila dah dapat order, macam mana nak bungkus? Borang apa nak print? Macam mana kalau tetiba stok habis pula? Apa nak buat? Semuanya ada diterangkan dalam bab mengurus order.
  4. 6 Langkah Setel Problem Barang Tak Sampai/ Rosak! Ya, dari beratus-ratus barang yang anda hantar kepada pelanggan, mungkin akan ada 1-2 yang rosak atau gagal diterima oleh pihak pelanggan. Jadi, di dalam ebook ini ada juga langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan cool down serta tidak meninggalkan bad rating di kedai anda.
  5. 4 Teknik Promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda.
  6. Anda masih tiada produk untuk dijual? Ebook ini juga kongsikan 5 pihak yang boleh anda "usha" untuk mendapatkan bekalan produk jualan anda di Shopee.
  7. Anda tiada modal untuk beli & simpan stok produk? Juga jangan risau. Ada 3 kaedah niaga yang dikongsika. Ianya tidak memerlukan anda untuk menyimpan stok untuk mula berniaga di Shopee.
  8. Apa yang lebih menarik, ada juga senarai pembekal dropship yang power dan boleh dipercayai dalam ebook ini. Pembekal ini ada lebih 100,000 produk yang boleh anda jual. Jadi, tiada lagi alasan untuk anda mula berniaga di Shopee. Ok?
  9. Teknik 1000 follower seminggu! Hah! Ini teknik RAHSIA saya bagaimana saya mendapatkan follower yang ramai untuk kedai Shopee dalam masa yang singkat. Teknik ni advance sikit. Anda takkan jumpa teknik ini di mana-mana website atau di mana-mana ebook yang lain tau. 

Haa, menarik tak? Kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi, anda kenalah beli ebook ni ok? 

Buat Duit Di Shopee Tanpa Produk Sendiri & Sebagai Dropship

Oh kejap, bukan ini saja tau. Jika anda beli ebook Bisnes Shopee ni, anda akan menerima peluang pemberian Bonus secara Percuma! Ini bonus yang akan anda dapat.

Buat Duit Di Shopee Tanpa Produk Sendiri & Sebagai Dropship
Semua ni disediakan dalam bentuk PDF. Anda hanya perlu download saja. Mudah kan? Jangan tunggu lama-lama tau. Cepat-cepatkan jalan kan bisnes anda. Dalam musim pandemik ni, kita kena pandai cari peluang dan gunakannya sebaik mungkin. Betul tak?

Harga ebook ni RM100 saja. Tapi di dalam nya padat dengan segala ilmu tentang Shopee. Berbaloi sangat-sangat tau.

Nanti dah siap buka kedai, share dengan Ayue tau. Boleh Ayue tengok-tengok kedai anda barang apa nak beli :)

Suka artikel ni? Jangan lupa share!

Join the conversation!

© AYUE IDRIS. Design by Eve.